Isnin, 24 Mei 2010

selamat pagi cikgu..

wah...hari yang indah tatkala azan subuh berkumandang di seluruh pelusuk taman cahaya masai.berat rasanya hati nak bangun menunaikan kewajipanku...tp bila memikirkan itu semua godaan dari syaitan terus aku bangun meninggalkan tempat tidur yang enak itu....

selepas mandi dan bersarapan pagi....aku terus bersipa untuk pergi ke sekolah,tempatku mencari rezeki di sana.tepat jam 11 pagi kereta kawanku pun sampai di pintu pagar rumah.selepas mengunnci pintu dan membaca sedikit doa sebagai pelindung aku terus masuk ke dalam keretanya...vroommm....deruman enjin itu berbunyi meningalkan taman cahaya masai.

sampai di pintu pagar sekolah,aku terus berdoa semoga hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku.moga segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.itulah doaku setiap hari apabila aku sampai di pintu masuk pagar sekolah....bukan apa,apa yang berlaku semuanya dah diaturkan oleh Allah.apa salahnya jika kita memohon kepadanya semoga rezeki yang kita perolehi diberkati...

selepas mengepunch kad di pejabat,aku terus ke bilik mesyuarat untuk mengambil buku rekod yang telah ditandatangan oleh guru besar.itulah rutin harianku pada setiap hari isnin.
selepas itu aku bergerak ke bilik j-qaf,bilikku yang terletak dibahagian bawah bangunan baru.
rehat sebentar sementara menunggu kelas tasmik pada jam 12.40....kalau ada kerja2 yang belum dibuat waktu itulah aku selesaikan apa yang patut.aku memang x suka kalau ada kerja yang belum disiap sewaktu hendak meninggalkan sekolah.bagiku...apa kerja yang ada di sekolah akan aku cuba untuk habiskan sebelum kembali ke rumah....itulah pesanan yang aku ingat sampai hari ini.

kelas pertamaku adalah kelas yang paling akhir untuk tahun satu...memg begitu mencabar kalau masuk kelas ini.tp apapun tugas kita samaada kelas awal atau kelas belakang....tetap akan dilaksanakan juga sebagai seorang guru.

kelas seterusnya adalah kelas yang kedua....1 amanah.kelas ini adalah kelas yang agak pandai juga bagiku.begitu mudah untuk mengajar kelas ini...
kringg....loceng berbunyi tandanya budak tahun 1 untuk rehat.aku meneruskan langkahku menuju ke surau.lewat aku solat zohor hari ini.apakan daya itu je masa yang ada untukku....
selepas habis rehat langkahku terus menuju ke kelas 1 usaha,kelas yang sangat aku suka.murid 1 usaha aku rasakan seperti anakku sendiri...boleh untuk dengar dan patuh arahan aku.cuma kadang kala mereka agak excited dalam membuat kerja sekolah.aku guna LCD harini...aku cuba try pasang sendiri.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

selepas habis aku buat apa2 kerja yang tertangguh..tepat jam 6.45 aku pun bergerak pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupanku yang seterusnya....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan