Sabtu, 27 Jun 2009

kuat semangat...


bertemu kembali.....

isnin 22 jun 2009.

-Alhamdulillah aku sempat mendaftar diri di institut perguruan temenggung ibrahim,johor bahru.fuh...memg skit kelam kabut la waktu tu.org ramai la jgk.ada cina,tamil...best jgk dpt tgk pelbagai bangsa ni...

-selepas selesai mendaftr diri dan kunci bilik pon dh dapat aku trus p tgk bilik.hmm...boleh la tahan.janji dpt tidor cukup la.pastu trus p dgar taklimat serba sikit tentg jQaf ni..dpt jumpa dgn pegarah maktab tu.

-lepas habis tu trus keluar p buat akaun bank bsn.mak oii..kalut btui la.depa baru nk bgtau.pastu kena pakai baju rasmi lak sepangjang program orentasi ni...baju kurung putih dgn kain hitam.hihih...mcm budak skolah la plk.p la beli baju semua...2.30 ptg ada taklimat lg.sampai kui 6.00 ptg baru boleh rehat...makayah aku xjd balik lgla haritu sbb byk brg xbeli lg.jd depa tido kat hotel lg la...

-malam selepas solat maghrib ada tazkirah..pastu xde aktiviti apa dh.balik bilik kemas apa yg patut.

selasa 23 jun 2009.

-harini dari pg sampai ptg ada taklimat je...pastu ptg pulak ada aktiviti latihan dalam kumpulan..best jgk aktiviti ni.bukan apa dapat megeratkan hubungan antara kaum....melayu,cina,tamil.

-mlm plk berlatih bt pesembahan untuk esok..kumpulan aku kena bt boria.hehehe...menari la kan.xpe la sekali sekala tu...

rabu 24 jun 2009.

-byk bg taklimat.....pastu ptg masih lg bt latihan persembahan.malam tu bermula la persembahan dari kumpulan jqaf,kumpulan cina,kumpulan matematik dan kumpulan tamil.

-mantop2 pesembahan yg dibuat...no3 dpt kt jqaf3,no2 dpt kat cina.no1 dpt kt tamil....balik tu trus tido letih btui la...



khamis 25 jun 2009.

-senaman pagi memg menyeronokkan...fesi yg megajar tu memg btui2 lawak giler.tarian pocong pon ada,tarian arab pon ada.huhuhu...

-harini xbyk aktiviti yg dibuat.taklimat kaunseling...pastu ada gotong royong plk.kumpulan aku kena gotong royong kt masjid.

-mlm plk ada taklimat tentg borang perjanjian guru...nmpknye memg kena balik rumah jgn ni sbb nk ambik tandatangan.

jumaat 26 jun 2009.

-harini pg ada seisi penutup minggu orentasi..jadual kelas semua dh dapat.bg jqaf kelas kami mula hari selasa ni...skolah hari khamis depan baru depa bgtau.hmm....takut jgk nk dgr nama skolah ni.

-lepas habis penutup tu trus berkemas nk balik.cuti 3 hari jd sempat lgla nak balik pon..pas zohor trus kuar g beli tiket bas.kul 10 mlm ni baru bas ada.yg lain semua dh penuh dah....hmm tunggu kt stesen bas dulu la nmpaknye.g jalan2 dulu pastu g rehat kat masjid an nur...best ada hawa dingin lg....terlelap la sat.

-dlm kul 10 trus g naik bas....sepangjang perjalanan tu tido je memanjang...kui 7.30 pg esoknyer baru la sampai rumah....turun kt sungai petani dulu.pastu baru naik bas dari alor setar plk...

-sampai tu trus p bt medical,beli kasut la,potostat la,cuci gambo la....kt johor tu mahai sgt la.lebih baik beli kt kedah ni..

-ok,jumpa lg...letih nk tido je.insyAllah ahad kui 8.30 mlm bertolak balik ke johor plk....huhuhu..merantau lg la hidup ini....



Khamis, 18 Jun 2009

hmm...


salam alaik...buat kawan2 blog ku..minta maaf la kalau lepasni aku lmbat nk update blog tu..alhamdulillah aku dapat jd guru jQaf....aku dapat kt johor.huhuhuhu apapun keputusan tu Allah yg tentukan dh kan..kita kena la trima.apapon doa2 yer kat aku same....jumpa lg.

alhamdulillah....

  • Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan. Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah, Membuat kita kaya di Dunia. Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat, serta Rahmatnya yang Maha Luas. Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain, kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri. Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa. Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan. Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira. Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah..


  • sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan allah.andai seorang sahabat membuat kebaikan,ukirlah diatas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori indah.dan seandainya seorang sahabat itu melakukan kesalahan, tulislah ia diatas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan........

  • Isnin, 15 Jun 2009

    bercuti...







    alhamdulillah...dgn perancangan yg x dirancang aku sekeluarga bercuti di pulau langkawi...
    ni tempat yg aku xpernah pergi lgla...kira bersyukur la jgk dapat sampai sini...
    kami bertolak ke jeti kuala kedah jam 7.30 pg..sampai je trus ayah g beli tiket..RM23.00 sorang..
    pastu trus masuk feri dan bertolak jam 8.00 pg...

    bila dok dalam feri ni getar la jgk.bukan apa,aku takut aku mabuk laut je.siap dgn plastik,air,coklat,bam tiger....semua ada.

    dlm perjalanan tu ombak x la begitu kuat sgt.cuma kadang kala tu beralun skit jer..pening pon ade dh.tp aku tgk tv je untuk elak pening tu.gambar senario kot...

    alhamdulillah selamat sampai sana jam 9.30pg..pastu trus g cari kedai makan sbb kami semua memg x makan lg dari pg td.huhuhu....pas makan trus bertolak g jalan2 kat pekan kuah.beli apa yg patut.cenderamata tu beli skit2 je...bajet kan.

    jalan g masjid dan solat zohor di sana...pastu truskan perjalanan untuk ke jeti.jalan kaki je...saja ayah aku kata nak ambik permandangan skit...

    sampai jeti g dataran lang untuk tgkap gambo..rugi kalau xtgkap gambo kalau g langkawi ni...dh habis semua trus bertolak balik...xtido sana pon sbb adik aku sekolah.sampai kuala kedah jam 5.30 ptg...balik letih rehat2 je la...

    ni ade skit gambo kenangan di pulau langkawi tu...xtau la aku nk g lg ke x.sbb takut jgk naik bot.hihihhi...

    Khamis, 11 Jun 2009

    bingkisan dari seorg sahabatku...



    Nama Pena : puteri_sunan


    Sudah puas dia berfikir apa yang patut dilakukannya, semua serba tidak menjadi. Segala yang dilakukan ada saja yang tidak kena pada dirinya. Entahlah dia pun tidak pasti yang sedang berlaku pada dirinya.
    Biasanya masa-masa yang ada digunakan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran tapi beberapa bulan ini dia sudah pandai memonteng kelas, tidak menyiapkan tutorial, tidur dan termenung. Dirinya sedang dalam kebingungan, menunggu yang tak pasti, menghitung hari demi hari.
    Tetiba dalam kebingungan itu, dia tersentak. Sesuatu bermain di benak fikirannya.
    "Saya, Ilya Basyirah binti Mohd Ikram berjanji untuk patuh dan setia pada Allah dan Rasul-NYA, menjadi anak yang solehah, muslimah yang sejati dan insan yang berguna pada Agama, bangsa dan Negara."Patah-patah kata yang dikeluarkan oleh bibir munggilnya itu menggetarkan seluruh jiwanya. Mampukah Ilya Basyirah mengotakan janjinya itu? Janji yang bukan sekadar janji, janji yang bersaksikan empat orang fasilitator dan kawan-kawannya itu mengugat kemampuan dirinya.
    Pantas Ilya mencapai buku teks java dan laptopnya. Setelah berjam-jam dia mengadap laptopnya tetiba; "Yes! Aku Berjaya!" jerit Ilya dengan penuh kegembiraan sehingga mengejutkan Farah yang sedang tekun membaca novel.
    "Ilya! Kau ni kenapa? terkejut aku, nasib tak de sakit jantung!"
    "Ops, sori! Akhirnya aku berjaya siapkan assignment graphic cartoon ni. Itu yang aku gembira sangat tu. Boleh la esok aku tunjuk kat Doktor Azreen"
    "Alhamdulilah. Wow! Cantiknya, hem..namanya DIDI. Pandai pulak main bola ek!" Ilya tergelak sambil mencubit pipi Farah. Sejak saat itu dia mula bermotivasi dan berminat untuk meneruskan pembelajarannya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang programmer.
    Perkenalannya dengan seorang jejaka yang bernama Adi Haikal membuatkan die mula terlupa pelajarannya. Dia tidak pernah berjumpa dengan Adi hanya sekadar bermesej dan berkenalan setelah Adi tersilap menghantar mesej kepadanya. Namun, setelah menjalin persahabatan selama dua tahun Adi Haikal telah menjadi buah hatinya.
    "Ilya, aku pelik la dengan kau akhir-akhir ini. Dalam kelas, aku tengok kau tak beri perhatian pun, masa pensyarah mengajar kau asyik dengan mesej kau. Dah la tersenyum sorang-sorang, kau ni angau ek?" Luah Wani, sahabat baiknya. Ilya tersenyum dan mengangkat bahu dan berlalu pergi. Wani mengeleng-geleng kepala melihat reaksi Ilya. Farah, rakan serumah Ilya gusar melihat keadaan kawan serumahnya yang telah berubah.
    Final exam semakin hampir namun Ilya semakin hanyut dalam dunianya.Ilya tidak dapat menahan gelojak hatinya dari terus bersedih, hari-hari yang dilalui bagai tidak bermakna, jiwanya tidak tenang, dia tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupannya.
    Sudah hampir seminggu Adi Haikal menyepi.Dalam pada semua rakan-rakannya berhempas pulas berjuang untuk menghadapi final exam, Ilya bermain dengan emosinya. Merenung kipas yang berputar, memandang buku-buku pelajarannya, tanpa sebarang perasaan.
    Tetiba hatinya tergerak untuk mendengar siaran radio IKIM."Ya Allah! Jika dia benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu."
    Hatinya terusik setelah mendengar lagu yang bertajuk permata yang dicari, dari kumpulan Dehearty. Dia pasrah. Dia mula bangkit, mengingati segala tanggungjawab dan amanah serta janji yang telah dilontarkannya. Harapan umi dan abahnya mesti diutamakan, hidup hanya sekali.
    Biarlah dia berjuang sedaya upaya untuk agama, bangsa dan Negara.Lagipun Allah telah berfirman dalam surah al-Mulk, ayat kedua yang bermaksud; "yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.""Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui". (Surah Al-Ankabut:64)
    "Maafkan saya, awak Ilya basyirah?" Ilya mengangguk, dalam pada dirinya kelam kabut untuk menuju ke dewan peperiksaan itu, dia disapa dengan seorang jejaka. "Ada, surat untuk awak," ucap lelaki tersebut dan berlalu pergi. Ilya terpingga-pingga.Sekarang baru jam 12.00am, exam Algebra jam dua petang, hem…sempat lagi baca surat ni.
    Eh, tau-tau jer aku suka color hijau pucuk pisang, detik hati Ilya.
    Ilya Basyirah,Teguhkan iman dalam diri, moga dikau akan merasai betapa indahnya nikmat Ilahi. Yakin dikau akan dirahmati, harus kau percaya dengan pasti. Dunia tidak kekal abadi, Hanya menguji cekalnya hati..Jadikan perpisahan ini untuk menguatkan jiwa kita, agar tidak menjadi hamba nafsu, agar sentiasa merasakan kita ini hamba Allah. Jangan merasakan perpisahan ini sebagai kongkongan.Benarlah cinta melalaikan tanpa memikirkan batas syariat-Nya, ia hanyalah ujian yang akan membawa jalan ke syurga. Harap dikau tabah menghadapi kehidupan ini. InsyaAllah, setelah tiba waktunya akan ku ikat pertalian ini berlandaskan syariat-Nya. Dao-doakanlah moga jodoh kita bersama.
    Ikhlas dari Permatamu,Muhammad Adi Haikal Bin Ismail.
    Titip-titip bait kata yang ditulis direnung sedalamnya, menipulah hati ini jika tiada perasaan terguris. Air mata Ilya yang mula mahu mencurah ditepis pantas oleh tangan Ilya. Dia mesti menjadi bidadari besi sekuat Sumayyah yang mengintip serpihan kesabaran dalam menegakkan kebenaran, Aku perlu lebih cekal dan tabah dalam melayari bahtera hidupku.Ilya menutup kelopak matanya.
    Akan ku serahkan hidupku ke dalam mencari redha- Mu. Setiap nafasku, langkahku, tindak tandukku, hafalan, amalanku, niatku, CINTAKU , KASIHKU, RINDUKU, DAMBAANKU adalah untukMU kerana dambaku pd KasihMU. Akan ku serahkan segalanya padamu. Kurniakan daku Cinta dan kasih sayang Mu. Ku yakini Mu pada Hati, Perkataan dan Perbuatanku.
    Andaikata diri hina ini layak, ku ingin nifakkan hidup ini pada jalanMu, menjadi Pemaisuri hati dan Bidadari pada insan yang sangat mencintai Mu. Detik hati Ilya Basyirah.
    Sudah puas Ilya menunggu pelanggannya itu. Setelah lapan tahun berlalu, kini dia berjaya membuka syarikatnya sendiri dan mempunyai cawangan di seluruh dunia. Alhamdulilah, ucapnya perlahan.
    "Tahniah! Akhirnya awak berjaya menggapai cita-cita awak!" terpancul satu suara tanpa di sedarinya. Rupanya-rupanya, pelanggannya telah tiba. Wajahnya pernah ditatapi…Seorang jejaka yang pernah bertaut di hatinya suatu ketika dulu dan kini tanpa dijangka mereka bertemu kembali. Wajahnya masih sama seperti dahulu, diselaputi dengan nur keimanan, berkulit hitam manis dan bercermin mata.
    Tuhan Maha Kuasa. Hari bahagiaku tiba jua, aku bakal diijabkabulkan Adi Haikal. Debaran kian terasa, menanti bakal suami yang tak kunjung tiba. Peluh mula menyimbahi muka Ilya, Cincin pertunangan yang dipegang tiba-tiba terlepas dari tangannya.Jantungnya tersentak.
    Ya Allah! Dugaan dariMu untuk menguji keimanan hambamu ini. Masjid yang ingin di bina musnah. Panggilan telefon yang diterima menghancurkan impiannya. Bakal suami Ilya telah pergi buat selama-lamanya setelah kemalangan semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Ilya.Benarlah kita hanya mampu merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah! Jodoh dan ajal hanya tuhan yang mengetahuiNya. Mungkin de hikmahnya. Inilah dugaan dan ujian dari Allah untuk menguji keimanan setiap hamba-hambanya.

    Sabtu, 6 Jun 2009

    problem...

    macam2 la yg berlaku....sory la aku dh lama x update blog ni.ni pon kuar g cc jap.

    hmm...xtau la cam xde mood je nk tulis blog ni.xde apa yg nak dikongsikan.

    tgh berdebar nk tunggu kputusan temuduga hrtu..


    apapon jumpa lg nanti...wssalam.