Khamis, 11 Jun 2009

bingkisan dari seorg sahabatku...



Nama Pena : puteri_sunan


Sudah puas dia berfikir apa yang patut dilakukannya, semua serba tidak menjadi. Segala yang dilakukan ada saja yang tidak kena pada dirinya. Entahlah dia pun tidak pasti yang sedang berlaku pada dirinya.
Biasanya masa-masa yang ada digunakan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran tapi beberapa bulan ini dia sudah pandai memonteng kelas, tidak menyiapkan tutorial, tidur dan termenung. Dirinya sedang dalam kebingungan, menunggu yang tak pasti, menghitung hari demi hari.
Tetiba dalam kebingungan itu, dia tersentak. Sesuatu bermain di benak fikirannya.
"Saya, Ilya Basyirah binti Mohd Ikram berjanji untuk patuh dan setia pada Allah dan Rasul-NYA, menjadi anak yang solehah, muslimah yang sejati dan insan yang berguna pada Agama, bangsa dan Negara."Patah-patah kata yang dikeluarkan oleh bibir munggilnya itu menggetarkan seluruh jiwanya. Mampukah Ilya Basyirah mengotakan janjinya itu? Janji yang bukan sekadar janji, janji yang bersaksikan empat orang fasilitator dan kawan-kawannya itu mengugat kemampuan dirinya.
Pantas Ilya mencapai buku teks java dan laptopnya. Setelah berjam-jam dia mengadap laptopnya tetiba; "Yes! Aku Berjaya!" jerit Ilya dengan penuh kegembiraan sehingga mengejutkan Farah yang sedang tekun membaca novel.
"Ilya! Kau ni kenapa? terkejut aku, nasib tak de sakit jantung!"
"Ops, sori! Akhirnya aku berjaya siapkan assignment graphic cartoon ni. Itu yang aku gembira sangat tu. Boleh la esok aku tunjuk kat Doktor Azreen"
"Alhamdulilah. Wow! Cantiknya, hem..namanya DIDI. Pandai pulak main bola ek!" Ilya tergelak sambil mencubit pipi Farah. Sejak saat itu dia mula bermotivasi dan berminat untuk meneruskan pembelajarannya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang programmer.
Perkenalannya dengan seorang jejaka yang bernama Adi Haikal membuatkan die mula terlupa pelajarannya. Dia tidak pernah berjumpa dengan Adi hanya sekadar bermesej dan berkenalan setelah Adi tersilap menghantar mesej kepadanya. Namun, setelah menjalin persahabatan selama dua tahun Adi Haikal telah menjadi buah hatinya.
"Ilya, aku pelik la dengan kau akhir-akhir ini. Dalam kelas, aku tengok kau tak beri perhatian pun, masa pensyarah mengajar kau asyik dengan mesej kau. Dah la tersenyum sorang-sorang, kau ni angau ek?" Luah Wani, sahabat baiknya. Ilya tersenyum dan mengangkat bahu dan berlalu pergi. Wani mengeleng-geleng kepala melihat reaksi Ilya. Farah, rakan serumah Ilya gusar melihat keadaan kawan serumahnya yang telah berubah.
Final exam semakin hampir namun Ilya semakin hanyut dalam dunianya.Ilya tidak dapat menahan gelojak hatinya dari terus bersedih, hari-hari yang dilalui bagai tidak bermakna, jiwanya tidak tenang, dia tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupannya.
Sudah hampir seminggu Adi Haikal menyepi.Dalam pada semua rakan-rakannya berhempas pulas berjuang untuk menghadapi final exam, Ilya bermain dengan emosinya. Merenung kipas yang berputar, memandang buku-buku pelajarannya, tanpa sebarang perasaan.
Tetiba hatinya tergerak untuk mendengar siaran radio IKIM."Ya Allah! Jika dia benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu."
Hatinya terusik setelah mendengar lagu yang bertajuk permata yang dicari, dari kumpulan Dehearty. Dia pasrah. Dia mula bangkit, mengingati segala tanggungjawab dan amanah serta janji yang telah dilontarkannya. Harapan umi dan abahnya mesti diutamakan, hidup hanya sekali.
Biarlah dia berjuang sedaya upaya untuk agama, bangsa dan Negara.Lagipun Allah telah berfirman dalam surah al-Mulk, ayat kedua yang bermaksud; "yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.""Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui". (Surah Al-Ankabut:64)
"Maafkan saya, awak Ilya basyirah?" Ilya mengangguk, dalam pada dirinya kelam kabut untuk menuju ke dewan peperiksaan itu, dia disapa dengan seorang jejaka. "Ada, surat untuk awak," ucap lelaki tersebut dan berlalu pergi. Ilya terpingga-pingga.Sekarang baru jam 12.00am, exam Algebra jam dua petang, hem…sempat lagi baca surat ni.
Eh, tau-tau jer aku suka color hijau pucuk pisang, detik hati Ilya.
Ilya Basyirah,Teguhkan iman dalam diri, moga dikau akan merasai betapa indahnya nikmat Ilahi. Yakin dikau akan dirahmati, harus kau percaya dengan pasti. Dunia tidak kekal abadi, Hanya menguji cekalnya hati..Jadikan perpisahan ini untuk menguatkan jiwa kita, agar tidak menjadi hamba nafsu, agar sentiasa merasakan kita ini hamba Allah. Jangan merasakan perpisahan ini sebagai kongkongan.Benarlah cinta melalaikan tanpa memikirkan batas syariat-Nya, ia hanyalah ujian yang akan membawa jalan ke syurga. Harap dikau tabah menghadapi kehidupan ini. InsyaAllah, setelah tiba waktunya akan ku ikat pertalian ini berlandaskan syariat-Nya. Dao-doakanlah moga jodoh kita bersama.
Ikhlas dari Permatamu,Muhammad Adi Haikal Bin Ismail.
Titip-titip bait kata yang ditulis direnung sedalamnya, menipulah hati ini jika tiada perasaan terguris. Air mata Ilya yang mula mahu mencurah ditepis pantas oleh tangan Ilya. Dia mesti menjadi bidadari besi sekuat Sumayyah yang mengintip serpihan kesabaran dalam menegakkan kebenaran, Aku perlu lebih cekal dan tabah dalam melayari bahtera hidupku.Ilya menutup kelopak matanya.
Akan ku serahkan hidupku ke dalam mencari redha- Mu. Setiap nafasku, langkahku, tindak tandukku, hafalan, amalanku, niatku, CINTAKU , KASIHKU, RINDUKU, DAMBAANKU adalah untukMU kerana dambaku pd KasihMU. Akan ku serahkan segalanya padamu. Kurniakan daku Cinta dan kasih sayang Mu. Ku yakini Mu pada Hati, Perkataan dan Perbuatanku.
Andaikata diri hina ini layak, ku ingin nifakkan hidup ini pada jalanMu, menjadi Pemaisuri hati dan Bidadari pada insan yang sangat mencintai Mu. Detik hati Ilya Basyirah.
Sudah puas Ilya menunggu pelanggannya itu. Setelah lapan tahun berlalu, kini dia berjaya membuka syarikatnya sendiri dan mempunyai cawangan di seluruh dunia. Alhamdulilah, ucapnya perlahan.
"Tahniah! Akhirnya awak berjaya menggapai cita-cita awak!" terpancul satu suara tanpa di sedarinya. Rupanya-rupanya, pelanggannya telah tiba. Wajahnya pernah ditatapi…Seorang jejaka yang pernah bertaut di hatinya suatu ketika dulu dan kini tanpa dijangka mereka bertemu kembali. Wajahnya masih sama seperti dahulu, diselaputi dengan nur keimanan, berkulit hitam manis dan bercermin mata.
Tuhan Maha Kuasa. Hari bahagiaku tiba jua, aku bakal diijabkabulkan Adi Haikal. Debaran kian terasa, menanti bakal suami yang tak kunjung tiba. Peluh mula menyimbahi muka Ilya, Cincin pertunangan yang dipegang tiba-tiba terlepas dari tangannya.Jantungnya tersentak.
Ya Allah! Dugaan dariMu untuk menguji keimanan hambamu ini. Masjid yang ingin di bina musnah. Panggilan telefon yang diterima menghancurkan impiannya. Bakal suami Ilya telah pergi buat selama-lamanya setelah kemalangan semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Ilya.Benarlah kita hanya mampu merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah! Jodoh dan ajal hanya tuhan yang mengetahuiNya. Mungkin de hikmahnya. Inilah dugaan dan ujian dari Allah untuk menguji keimanan setiap hamba-hambanya.

1 ulasan:

  1. Cerita betul ke ni atau cerpen ....

    memang sedih. Sabor jerlah.

    Teruskan menulis dengan artikel islam yang dapat dikongsikan ...agar melimpah pahala kita.

    Insyaalah

    BalasPadam