Selasa, 22 Disember 2009

A ( H1N1 ) SCHOOL IN PENANG CLOSED DOWN

GEORGE TOWN: A primary school in the state have been

ordered to be closed for a week beginning today after some of their students are found to have been infected with the influenza A (H1N1) virus.

State Health, Welfare, Caring Society and Environment Committee Chairman Phee Boon Poh said the closed institutions were SRJK (C) Aik Keow in Teluk Air Tawar.

"The Health Ministry has ordered their closure after 16 students from the school are found to have been infected by the H1N1 virus," he said when contacted here.

He said those who were infected by H1N1 were being placed under quarantine and that they were in stable condition.

"We advised them to abide by the quarantine regulations and the public should not be unduly worried because preventive measures have been taken," he added. As at Saturday, the number of accumulated H1N1 cases nationwide was 1,021, comprising 573 (56 per cent) imported cases and 448 (44 per cent) locally transmitted cases.

In KUCHING, Sarawak Education director Dr Julaihi Bujang said he would discuss with the state health department to consider its action in ordering the closure of schools, especially residential schools in rural areas, because of H1N1.

He believed that closing the schools was not a solution to contain the spread of the virus and suggested that students infected with the H1N1 virus be quarantined, instead of sending all the students home because the move would affect their studies.

"Our concern is that when the schools are closed, students return to their villages, and there is a possibility of them (students) spreading the virus in their villages and if this happens, it will be difficult to contain as the villages are in the interior areas," he added.

Khamis, 19 November 2009

hari sukan olahraga sekolah kopok..sekolahku.




selamat pagi semua..ha..pada 14.11.2009 sekolah aku telah mengadakan sukan tahunan olahraga.wah..meriah btui la.aku jadi penjaga masa kat padang.best jgk la.bukan apa ni pengalaman pertama aku jadi penjaga masa tau.walaupun betapa penatnya duk kat padang tu tp memang meriah punyer pasai letih pon xde la.

acara bermula pada jam 8 pagi.alhamdulillah nasib baik cuaca pon redup jer.matahari pun belum menampak lg.kumpulan masing2 sudah megambil tempat di tengah padang.aku pun berjalan ke tengah padang megambil tempat di barisan garisan lumba lari.sambil menunggu ketibaan dif-dif kehormat.bila dah sampai acara pun bermula la...

acara bermula dengan lumba lari 100 meter.kumpulan yang bertanding rumah kenari,rumah nuri,rumah rajawali dan rumah camar.aku rumah rajawali.hihi...selepas megambil tempat acara pun dimulakan.kawan aku suhaila tu jd pencatat masa.semua kumpulan memberi sokongan kepada rumah masing2...selesai acara 100 meter,acara 200 meterberganti plk.wuii...semangat btul la.rumah aku byk jgk yg menang.dapat no2 pun jadi la
hihihi...

dh habis semua ada acara sampingan plk.guru rumah yg akan bertanding nanti.nasib baik la guru lelaki je.guru wanita xkena bertanding..kalau x mampusla nak kena lari berganti.ustaazahplk tu.hihi...

selepas selesai semua acara pertandingan,tiba acara penyampaian hadiah plk.byk btui hadiah rumah aku dapat....pastu ada plk cabutan bertuah untuk guru2.hehehe...aku pun xsangka aku bertuah haritu.no23..nmbor bertuah aku ler...sama dgn umur aku sekarangni.hi..aku dapat hadiah hamper makanan.boleh la akukongsi dgn housemate aku.

dh penat semua..balik la rumah masing2.letih btui tp memang menyeronokkan.tunggu tahun depan plk la sukan.hihi..jumpa lg.

Sabtu, 24 Oktober 2009

KURSUS DALAMAN...

salam..ha..harini ada kursus dalaman kat sekolah aku.ingatkan xkena p rupanya kena p jgk.xper...cari pegalaman.pg td kwn aku suhaila mai ambik kat rumah.km bertolak awai sikit la sbb xsarapan lagi ni..singgah jap p beli kuih kat depan taman tu.karipap,donut,burger.

pastu terus bergerak g sekolah.sampai sana g punchkad dulu..sarapan jap dalam keta takut satgi lapo lak...kursus bermula jam 8.30 pagi.aktiviti pertama adalah senaman pagi.hehehe...ni yg paling lawak sekali.kena senaman ikut rentak lagu.mcm menari la plk...xpe,buatje.

kemudian aktiviti kumpulan plk.kena cari tarikh lahir yg sama la..bulan yg sama la...negeri sama la...hihih,lawak btui nak cari pon.cikgu2 pon dh mcm murid2 la ni...

habis tu buat kumpulan plk.aktiviti ni nk menunjukkan semangat kerjasama antara guru.alhamdulillah kumpulan aku dapat la no1.hihi..pastu kena buat satu rekaan yg tercanggih untuk abad ni.kumpulan aku buat topi minda...ni cadangan cikgu adni la ni.hehe..km semua ikut jer,janji kreatif kan.

hmm...dh habis slot yg pertama.best jgk slot ni.bukan apa dpt megeratkan hubungan sesama guru.dh jadi mcm saudara sendri la plk.

habis dh g makan..pastu masuk makmal komputer lak untuk slot yg kedua.slot yang kedua ni menceritakan tentang zakat harta dan cara nak megiranya...ni khas untuk cikgu yg dh tetap la.yg dah ada slip gaji.aku mana da lagi.baru dapat elaun jer....jd tumpang dgr je la.

habis slot kedua ni g makan thgari..ingatkan ada lg pastu tp dh habis la plk.penatnyer...balik rumahletih trus tido...

Isnin, 12 Oktober 2009

BERTEMU KEMBALI....

Assalamaulaikum semua....sory la lama btui xtulis blog ni.semenjak jd cikgu ni memg bz btui.xsempat nk ngadap laptop.lgpon baru ja beli ni..untuk kegunaan kan.

hmm...semakin hari tugas seorg guru ni semakin mencabar btui la.byk pegalaman yg diperolehi tiap2 hari.terasa diri ni kerdil jer...memg xlayak nk jd guru ni.tp bila memikirkan tanggungjwab yg perlu dipikul ni aku teruskan jgk la...kena sabar byk2.semua ni ujian kan.

opps...terlupa nak ucapkan selamat hari raya buat semua sahabat2ku yg megenali.nk bt open housepon dh xsempat dah.dok kalut g beraya rumah pak sedara.cuti aku dapatt seminggu je...tu pon kelam kabut jgk la sbb habis cuti je trus masuk maktab lak.ada kem bina insan guru...

nk cite pegalaman kem bina insan ni memg best la...yg aku xlupa masa time belajar berenang tu.mak oii....best memg best tp menakutkan la jgk.aku sempat la blajar cara menyelam,mengapungkan diri,berenag...tp kena pakai jaket keselamatan la.hihihi

dh hbis tu terus masuk sekolah...penat giler la.muka pon dh jadi dayang senandung dh.cikgi2 kat skolah tu semua pakatbtegur awat muka hitam...heheh.aku cakap besa la.ni bedak yg terbaru di pasaran.baru je kuar tu yg nk try tu...hihih.

belum sempat nk hilang penatnyer kena plk g marhaban..kt johor ni memg terkenai dgn marhaban rumah ke rumah.punyer sakan la beraya kat sini.sebulan raya....rumah terbuka tu tiap2 hari ada.tp best jgk sbb dapat g konvoi raya ramai2 dgn cikgu2 ni.dapat la beramah mesra walaupon sebenarnya xmesra mana pon...hehe.

akhir bulan 10 ni dh exm yg terakhir dh.jd bulan ni buat ulangkaji je la dekat budak2...

Isnin, 27 Julai 2009

bertemu kembali bt kawanku semua..

alhamdulillah...aku sebenarnya dh lma sampai kt johor ni.tp memg xsempat btui nk tulis blog ni kan.punyer la sibuk start dari mai sini sampai la skrangni..huhuh.

minggi orentasi kt maktab pon aku dh melepasi dh.macam2 aktiviti btui la yg depa semua buat tu..tp best jgk la.bukan senang nk dpt pegalaman semua ni kan...lepasje habis minggu silaturahim tu trus kami semua dpt skolah.tinggai masa 2 hari je nk cari sklah dan rumah sewa pon.memg mencaba btui la kt sini....nasib baik la aku ada kawan yg aku baru kenai kt ym ni.kak anis namanyer...mujur la dia ada.apapon memg aku mintak tlg dia la.

kawanku semua dh masuk sekolah masing2...jauh2 jgk skolah depa semua.aku nk p jumpa depa pon memg pyah la jgk.

hmm....hari pertama aku daftar masuk skolah tu memg getar giler.hihih...jumpa guru besar.pastu diperkenalkan plk kt guru2 lain...hehe.tp nasib baik la family aku mai haritu.depa mai tido sini dlm 2 hari la jgk....

masa minggu orentasi kat skolah aku byk kena jd guru ganti je...relef katakan.best jgk relef ni.boleh ajar bahasa melayu,bi,mate dan muzik.....

hmm...rasanya aku stop jap yer.xsempat nk cter panjang untuk tatapan kwanku semua...nanti dh da laptop sendri boleh aku masukkan gambo sekali...hehehe.ok.undur diri dulu..

Sabtu, 27 Jun 2009

kuat semangat...


bertemu kembali.....

isnin 22 jun 2009.

-Alhamdulillah aku sempat mendaftar diri di institut perguruan temenggung ibrahim,johor bahru.fuh...memg skit kelam kabut la waktu tu.org ramai la jgk.ada cina,tamil...best jgk dpt tgk pelbagai bangsa ni...

-selepas selesai mendaftr diri dan kunci bilik pon dh dapat aku trus p tgk bilik.hmm...boleh la tahan.janji dpt tidor cukup la.pastu trus p dgar taklimat serba sikit tentg jQaf ni..dpt jumpa dgn pegarah maktab tu.

-lepas habis tu trus keluar p buat akaun bank bsn.mak oii..kalut btui la.depa baru nk bgtau.pastu kena pakai baju rasmi lak sepangjang program orentasi ni...baju kurung putih dgn kain hitam.hihih...mcm budak skolah la plk.p la beli baju semua...2.30 ptg ada taklimat lg.sampai kui 6.00 ptg baru boleh rehat...makayah aku xjd balik lgla haritu sbb byk brg xbeli lg.jd depa tido kat hotel lg la...

-malam selepas solat maghrib ada tazkirah..pastu xde aktiviti apa dh.balik bilik kemas apa yg patut.

selasa 23 jun 2009.

-harini dari pg sampai ptg ada taklimat je...pastu ptg pulak ada aktiviti latihan dalam kumpulan..best jgk aktiviti ni.bukan apa dapat megeratkan hubungan antara kaum....melayu,cina,tamil.

-mlm plk berlatih bt pesembahan untuk esok..kumpulan aku kena bt boria.hehehe...menari la kan.xpe la sekali sekala tu...

rabu 24 jun 2009.

-byk bg taklimat.....pastu ptg masih lg bt latihan persembahan.malam tu bermula la persembahan dari kumpulan jqaf,kumpulan cina,kumpulan matematik dan kumpulan tamil.

-mantop2 pesembahan yg dibuat...no3 dpt kt jqaf3,no2 dpt kat cina.no1 dpt kt tamil....balik tu trus tido letih btui la...



khamis 25 jun 2009.

-senaman pagi memg menyeronokkan...fesi yg megajar tu memg btui2 lawak giler.tarian pocong pon ada,tarian arab pon ada.huhuhu...

-harini xbyk aktiviti yg dibuat.taklimat kaunseling...pastu ada gotong royong plk.kumpulan aku kena gotong royong kt masjid.

-mlm plk ada taklimat tentg borang perjanjian guru...nmpknye memg kena balik rumah jgn ni sbb nk ambik tandatangan.

jumaat 26 jun 2009.

-harini pg ada seisi penutup minggu orentasi..jadual kelas semua dh dapat.bg jqaf kelas kami mula hari selasa ni...skolah hari khamis depan baru depa bgtau.hmm....takut jgk nk dgr nama skolah ni.

-lepas habis penutup tu trus berkemas nk balik.cuti 3 hari jd sempat lgla nak balik pon..pas zohor trus kuar g beli tiket bas.kul 10 mlm ni baru bas ada.yg lain semua dh penuh dah....hmm tunggu kt stesen bas dulu la nmpaknye.g jalan2 dulu pastu g rehat kat masjid an nur...best ada hawa dingin lg....terlelap la sat.

-dlm kul 10 trus g naik bas....sepangjang perjalanan tu tido je memanjang...kui 7.30 pg esoknyer baru la sampai rumah....turun kt sungai petani dulu.pastu baru naik bas dari alor setar plk...

-sampai tu trus p bt medical,beli kasut la,potostat la,cuci gambo la....kt johor tu mahai sgt la.lebih baik beli kt kedah ni..

-ok,jumpa lg...letih nk tido je.insyAllah ahad kui 8.30 mlm bertolak balik ke johor plk....huhuhu..merantau lg la hidup ini....



Khamis, 18 Jun 2009

hmm...


salam alaik...buat kawan2 blog ku..minta maaf la kalau lepasni aku lmbat nk update blog tu..alhamdulillah aku dapat jd guru jQaf....aku dapat kt johor.huhuhuhu apapun keputusan tu Allah yg tentukan dh kan..kita kena la trima.apapon doa2 yer kat aku same....jumpa lg.

alhamdulillah....

  • Jangan Bersedih...Cinta ALLAH dan Rasulullah Menjamin Kebahagiaan. Jangan Bersedih...Redha Dengan Anugerah Allah, Membuat kita kaya di Dunia. Jangan Bersedih...Allah Maha Pengampun lagi Maha Penerima Taubat, serta Rahmatnya yang Maha Luas. Jangan Bersedih...Semata-mata disebabkan kita Berbeza dengan Orang lain, kerana setiap kejadian Allah itu ada kelebihan tersendiri. Jangan Bersedih...Bila Disakiti, Dicela Direndahkan atau Dizalimi kerana setiap perkara yang berlaku adalah dugaan dari Yang Maha Esa. Jangan Bersedih..Sesungguhnya Setelah Kesusahan Akan Ada Kemudahan. Jangan Bersedih...Kerana Kesedihan kita akan Membuat Musuh kita Gembira. Jangan Bersedih...Atas Perilaku Manusia Terhadapmu Tetapi Perhatikanlah Perilaku Mereka Terhadap Allah..


  • sesungguhnya sahabat itu wujud dari 1 pertemuan dengan 10pertanyaan,100 keyakinan dan 1000 kali pengorbanan serta berjuta-juta kali perjuangan dengan 1 keikhlasan atas keredhaan allah.andai seorang sahabat membuat kebaikan,ukirlah diatas batu agar ia tersemat di hati dan kekal sebagai memori indah.dan seandainya seorang sahabat itu melakukan kesalahan, tulislah ia diatas pasir agar ia hilang ditiup angin kemaafan........

  • Isnin, 15 Jun 2009

    bercuti...







    alhamdulillah...dgn perancangan yg x dirancang aku sekeluarga bercuti di pulau langkawi...
    ni tempat yg aku xpernah pergi lgla...kira bersyukur la jgk dapat sampai sini...
    kami bertolak ke jeti kuala kedah jam 7.30 pg..sampai je trus ayah g beli tiket..RM23.00 sorang..
    pastu trus masuk feri dan bertolak jam 8.00 pg...

    bila dok dalam feri ni getar la jgk.bukan apa,aku takut aku mabuk laut je.siap dgn plastik,air,coklat,bam tiger....semua ada.

    dlm perjalanan tu ombak x la begitu kuat sgt.cuma kadang kala tu beralun skit jer..pening pon ade dh.tp aku tgk tv je untuk elak pening tu.gambar senario kot...

    alhamdulillah selamat sampai sana jam 9.30pg..pastu trus g cari kedai makan sbb kami semua memg x makan lg dari pg td.huhuhu....pas makan trus bertolak g jalan2 kat pekan kuah.beli apa yg patut.cenderamata tu beli skit2 je...bajet kan.

    jalan g masjid dan solat zohor di sana...pastu truskan perjalanan untuk ke jeti.jalan kaki je...saja ayah aku kata nak ambik permandangan skit...

    sampai jeti g dataran lang untuk tgkap gambo..rugi kalau xtgkap gambo kalau g langkawi ni...dh habis semua trus bertolak balik...xtido sana pon sbb adik aku sekolah.sampai kuala kedah jam 5.30 ptg...balik letih rehat2 je la...

    ni ade skit gambo kenangan di pulau langkawi tu...xtau la aku nk g lg ke x.sbb takut jgk naik bot.hihihhi...

    Khamis, 11 Jun 2009

    bingkisan dari seorg sahabatku...



    Nama Pena : puteri_sunan


    Sudah puas dia berfikir apa yang patut dilakukannya, semua serba tidak menjadi. Segala yang dilakukan ada saja yang tidak kena pada dirinya. Entahlah dia pun tidak pasti yang sedang berlaku pada dirinya.
    Biasanya masa-masa yang ada digunakan untuk membaca dan mengulangkaji pelajaran tapi beberapa bulan ini dia sudah pandai memonteng kelas, tidak menyiapkan tutorial, tidur dan termenung. Dirinya sedang dalam kebingungan, menunggu yang tak pasti, menghitung hari demi hari.
    Tetiba dalam kebingungan itu, dia tersentak. Sesuatu bermain di benak fikirannya.
    "Saya, Ilya Basyirah binti Mohd Ikram berjanji untuk patuh dan setia pada Allah dan Rasul-NYA, menjadi anak yang solehah, muslimah yang sejati dan insan yang berguna pada Agama, bangsa dan Negara."Patah-patah kata yang dikeluarkan oleh bibir munggilnya itu menggetarkan seluruh jiwanya. Mampukah Ilya Basyirah mengotakan janjinya itu? Janji yang bukan sekadar janji, janji yang bersaksikan empat orang fasilitator dan kawan-kawannya itu mengugat kemampuan dirinya.
    Pantas Ilya mencapai buku teks java dan laptopnya. Setelah berjam-jam dia mengadap laptopnya tetiba; "Yes! Aku Berjaya!" jerit Ilya dengan penuh kegembiraan sehingga mengejutkan Farah yang sedang tekun membaca novel.
    "Ilya! Kau ni kenapa? terkejut aku, nasib tak de sakit jantung!"
    "Ops, sori! Akhirnya aku berjaya siapkan assignment graphic cartoon ni. Itu yang aku gembira sangat tu. Boleh la esok aku tunjuk kat Doktor Azreen"
    "Alhamdulilah. Wow! Cantiknya, hem..namanya DIDI. Pandai pulak main bola ek!" Ilya tergelak sambil mencubit pipi Farah. Sejak saat itu dia mula bermotivasi dan berminat untuk meneruskan pembelajarannya, dia bercita-cita untuk menjadi seorang programmer.
    Perkenalannya dengan seorang jejaka yang bernama Adi Haikal membuatkan die mula terlupa pelajarannya. Dia tidak pernah berjumpa dengan Adi hanya sekadar bermesej dan berkenalan setelah Adi tersilap menghantar mesej kepadanya. Namun, setelah menjalin persahabatan selama dua tahun Adi Haikal telah menjadi buah hatinya.
    "Ilya, aku pelik la dengan kau akhir-akhir ini. Dalam kelas, aku tengok kau tak beri perhatian pun, masa pensyarah mengajar kau asyik dengan mesej kau. Dah la tersenyum sorang-sorang, kau ni angau ek?" Luah Wani, sahabat baiknya. Ilya tersenyum dan mengangkat bahu dan berlalu pergi. Wani mengeleng-geleng kepala melihat reaksi Ilya. Farah, rakan serumah Ilya gusar melihat keadaan kawan serumahnya yang telah berubah.
    Final exam semakin hampir namun Ilya semakin hanyut dalam dunianya.Ilya tidak dapat menahan gelojak hatinya dari terus bersedih, hari-hari yang dilalui bagai tidak bermakna, jiwanya tidak tenang, dia tidak bersemangat untuk meneruskan kehidupannya.
    Sudah hampir seminggu Adi Haikal menyepi.Dalam pada semua rakan-rakannya berhempas pulas berjuang untuk menghadapi final exam, Ilya bermain dengan emosinya. Merenung kipas yang berputar, memandang buku-buku pelajarannya, tanpa sebarang perasaan.
    Tetiba hatinya tergerak untuk mendengar siaran radio IKIM."Ya Allah! Jika dia benar untukku, tetapkanlah hatinya dengan hatiku. Jika dia bukan milikku, damaikanlah hatiku dengan ketentuanMu."
    Hatinya terusik setelah mendengar lagu yang bertajuk permata yang dicari, dari kumpulan Dehearty. Dia pasrah. Dia mula bangkit, mengingati segala tanggungjawab dan amanah serta janji yang telah dilontarkannya. Harapan umi dan abahnya mesti diutamakan, hidup hanya sekali.
    Biarlah dia berjuang sedaya upaya untuk agama, bangsa dan Negara.Lagipun Allah telah berfirman dalam surah al-Mulk, ayat kedua yang bermaksud; "yang menjadikan mati dan hidup, supaya dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun.""Kehidupan dunia ini tidak lain kecuali permainan dan hiburan, sedang kampung akhirat itulah hidup yang sebenar, andai mereka mengetahui". (Surah Al-Ankabut:64)
    "Maafkan saya, awak Ilya basyirah?" Ilya mengangguk, dalam pada dirinya kelam kabut untuk menuju ke dewan peperiksaan itu, dia disapa dengan seorang jejaka. "Ada, surat untuk awak," ucap lelaki tersebut dan berlalu pergi. Ilya terpingga-pingga.Sekarang baru jam 12.00am, exam Algebra jam dua petang, hem…sempat lagi baca surat ni.
    Eh, tau-tau jer aku suka color hijau pucuk pisang, detik hati Ilya.
    Ilya Basyirah,Teguhkan iman dalam diri, moga dikau akan merasai betapa indahnya nikmat Ilahi. Yakin dikau akan dirahmati, harus kau percaya dengan pasti. Dunia tidak kekal abadi, Hanya menguji cekalnya hati..Jadikan perpisahan ini untuk menguatkan jiwa kita, agar tidak menjadi hamba nafsu, agar sentiasa merasakan kita ini hamba Allah. Jangan merasakan perpisahan ini sebagai kongkongan.Benarlah cinta melalaikan tanpa memikirkan batas syariat-Nya, ia hanyalah ujian yang akan membawa jalan ke syurga. Harap dikau tabah menghadapi kehidupan ini. InsyaAllah, setelah tiba waktunya akan ku ikat pertalian ini berlandaskan syariat-Nya. Dao-doakanlah moga jodoh kita bersama.
    Ikhlas dari Permatamu,Muhammad Adi Haikal Bin Ismail.
    Titip-titip bait kata yang ditulis direnung sedalamnya, menipulah hati ini jika tiada perasaan terguris. Air mata Ilya yang mula mahu mencurah ditepis pantas oleh tangan Ilya. Dia mesti menjadi bidadari besi sekuat Sumayyah yang mengintip serpihan kesabaran dalam menegakkan kebenaran, Aku perlu lebih cekal dan tabah dalam melayari bahtera hidupku.Ilya menutup kelopak matanya.
    Akan ku serahkan hidupku ke dalam mencari redha- Mu. Setiap nafasku, langkahku, tindak tandukku, hafalan, amalanku, niatku, CINTAKU , KASIHKU, RINDUKU, DAMBAANKU adalah untukMU kerana dambaku pd KasihMU. Akan ku serahkan segalanya padamu. Kurniakan daku Cinta dan kasih sayang Mu. Ku yakini Mu pada Hati, Perkataan dan Perbuatanku.
    Andaikata diri hina ini layak, ku ingin nifakkan hidup ini pada jalanMu, menjadi Pemaisuri hati dan Bidadari pada insan yang sangat mencintai Mu. Detik hati Ilya Basyirah.
    Sudah puas Ilya menunggu pelanggannya itu. Setelah lapan tahun berlalu, kini dia berjaya membuka syarikatnya sendiri dan mempunyai cawangan di seluruh dunia. Alhamdulilah, ucapnya perlahan.
    "Tahniah! Akhirnya awak berjaya menggapai cita-cita awak!" terpancul satu suara tanpa di sedarinya. Rupanya-rupanya, pelanggannya telah tiba. Wajahnya pernah ditatapi…Seorang jejaka yang pernah bertaut di hatinya suatu ketika dulu dan kini tanpa dijangka mereka bertemu kembali. Wajahnya masih sama seperti dahulu, diselaputi dengan nur keimanan, berkulit hitam manis dan bercermin mata.
    Tuhan Maha Kuasa. Hari bahagiaku tiba jua, aku bakal diijabkabulkan Adi Haikal. Debaran kian terasa, menanti bakal suami yang tak kunjung tiba. Peluh mula menyimbahi muka Ilya, Cincin pertunangan yang dipegang tiba-tiba terlepas dari tangannya.Jantungnya tersentak.
    Ya Allah! Dugaan dariMu untuk menguji keimanan hambamu ini. Masjid yang ingin di bina musnah. Panggilan telefon yang diterima menghancurkan impiannya. Bakal suami Ilya telah pergi buat selama-lamanya setelah kemalangan semasa dalam perjalanan menuju ke rumah Ilya.Benarlah kita hanya mampu merancang, sebaik-baik perancangan adalah perancangan Allah! Jodoh dan ajal hanya tuhan yang mengetahuiNya. Mungkin de hikmahnya. Inilah dugaan dan ujian dari Allah untuk menguji keimanan setiap hamba-hambanya.

    Sabtu, 6 Jun 2009

    problem...

    macam2 la yg berlaku....sory la aku dh lama x update blog ni.ni pon kuar g cc jap.

    hmm...xtau la cam xde mood je nk tulis blog ni.xde apa yg nak dikongsikan.

    tgh berdebar nk tunggu kputusan temuduga hrtu..


    apapon jumpa lg nanti...wssalam.

    Isnin, 25 Mei 2009

    temuduga jqaf

    salam untuk semua...bt kawan2 yg tengah exam tu truskan bersemngat.jgn putus asa tau...
    ha...hari yg ditunggu2 dh tiba.berdebar jgk nak tunggu hari tu...korang jgn salah faham lak ye.bukan hari pernikahan.tp hari nk di temuduga kan.huhuhu....

    bangun awai la sbb nak bertolak awai..mgantok la jgk..dh siap semua bertolak la.dok dalam kereta baru la aku tringat yg lupa nk bawa kamera.hish...hish...lupa sungguh aku ni ingat kat sapa la...hihi.kalau x boleh letak gambar dlm ni.rugi btui la...

    alhamdulillah Allah permudahkan perjalanan aku.aku p dgn makayah je.yg len tu x ikut pon.
    sampai sana dalam kui 7.30 pg jd sempat lg la nk rehat2 pon..sarapan pg pon aku xambik dh.bukan apa kan dh x lalu nak makan apa pon.sempat minum air masak je..

    besar jgk kawasan institut perguruan perlis tu..pening jgk nak cari lokasi temuduga nya..tp nasib baik ada kak tu tlg tunjukkan bilik temuduga tu.aku kena tingkat 2.bilik R01B....

    harini ada 5 org satu bilik tu..aku kena dgn siswi2 kuin.kira adik2 bwah aku la.ramai jgk pelajar kuin haritu.boleh dikatakan majoriti la....tp semua aku x bape kenai.sambil2 tunggu tu sempat la jgk berkenalan dgn depa semua.mantop2 jgk depa semua tu.nasib baik aku kena dgn pompuan semua.kalau ada lelaki ni malu la skit...hihi.

    tepat jam 8.00 pg km semua masuk bilik.mula2 sekali kena bt karangan dlm bhasa arab dulu.alhamdulillah...tajuk tu kira senang la jgk bg aku.bukan apa boleh la kalau nak reka-reka sikit ke..ada 2 tajuk yg diberi.perananan masjid dgn budaya membaca...kena jwb dlm masa 1/2 jam.aku pilih tajuk peranan masjid la sbb aku rasa boleh jgk nk karang isinya tu..tulis punyer tulis xtau la nahu nya btui ke x.hehe...

    selepas selesai tu tiba seisi kumpulan plk..buat dlm satu lingkungan.pemeriksa ada kt depan untuk tgk km semua.km perlu bincg sesama kami ja...xleh cakap bhsa baku plk tu.penat nk kena pedo bhasa kedah tu..hihi.tajuk yg diberi tntg isu hiburan tanahair,peranan kita sbg seorg guru macam mana nak menanggani masalah tersebut kpd pelaja2....fuh..mantop tajuk nyer.perah otak jgk nak memikirkanyer...xpe,janji cakap je sbb ada markah tu.

    lepas habis perbincangan tu baru la seisi individu....aku kena org yg nmbor 4 kena tmuduga.adik yg no 1 tu kena cakap arab dari mula sampai habis...yg no2 tu ada skit2 je kena cakap arab.sempat jgk la tnya depa dulu...tiba giliran aku...mulut ni macam2 doa dh dok baca.tp nk getaq jgk la...nak bt cmne kan.sampai penemuduga tu suruh aku rehat sat sbb dia tgk aku ni macam getaq sgt.hiihi....malunyer.

    bila dh ok solan pertama depa suruh perkenalkan diri,keluarga,pendidikan...aku crita dari A sampai Z.dh tnya sgt aku jwab la...kui kui.
    pastu depa suruh aku berlakon jd guru bhasa arab plk.wa.....malunyer.depa jd anak murid dan aku jd guru depa.siap ada papan hitam sekali....hiihi.

    dh org suruh berlakon kan,aku berlakon je la.cewaaaaaaaaah.....aku pon berlagak la macam seorg guru.masuk2 tu bg salam..depa jwab la,anak murid kan.huhu...pastu aku ckap je arab xtau btui ke x lantak la...aku ajar depa perkataan arab mcm org yg baru nk blajar bhasa arab.aku tulis kt papan putih tu pastu suh depa baca sorang2.hehe...nk tergelak pon ada waktu tu tp tahan je la..dh habis depa suh duduk.

    depa tnya kenapa pilih bidang ni..adoi la..nak kena ckap arab lg.tergeliat lidah nk sebut satu persatu pon.bukan xingat tp besa la kan mai takut ni...
    pastu tnya tntg sejarah jqaf ...nasib baik kena ckap melayu plk..

    tnya syarat wudhuk...pastu hukum tajwid.hihi...yg senang pon aku boleh lupa.lawak tui la.
    depa suh aku baca tahiyak akhir plk...hmm mcm2 la.dh habis lega btui rasanya..suara aku ni xbape kuat sgt jd kena tgur la skit.xpe..apapon tawakal je la.Allah yg berhak menentukan mana yg terbaik untuk aku.moga2 aku dan kawan2 yg len sentiasa dilempahi rezeki kami semua...

    kputusanyer pertengahan bulan jun ni..korang semua doa2 la yer....


    hmm..jap nk kongsi la skit cite.untuk manfaat kita jgk..tv9 bt temuramah dgn isteri ustz akhil hayy.isteri dia minta fasakh.terkejut jgk aku dgr..macam xpercaya je.ye la kan xpernh dgn pon cite2 cmni...hmm...bg aku sbg salah seorg peminat2 ceramah ustz akhil hayy,aku harap masalah ni dapat diselesaikan dgn cara yg baik la.ada jodoh ustz dgn waheeda tu...xsalah,truskan.lgpon isteri ustz pon dh mengizinkan nye...dlm suratkhabar pon mcm2 depa tulis crita tntg ustz.

    jd...sbg seorg pendakwah,aku harap ustz dapat tampilkan diri memberi penjelasan tntg masalah ni...bukan apa,aku xmau la nanti msyrakat akan pandang serong terhadap panggilan " ustz " tu.aku xnak la dgn sbb hal sebegini nanti msyrakat akan mencemuh org2 yg berilmu agama ni...apapon yg salah tu sama2 la kita perbetulkanya agar ia menjadi pegajaran yg berguna untuk org lain..

    nasihat untuk aku dan pembaca semua....jika kita ingin menjadi seorg pendakwah,seorg ulamak,seorg yg menjadi idola msyrakat islam skrg...cuba-cuba lah kita berusaha untuk menjauhkan diri kita drpd fitnah2 yg ada dlm dunia ni..


    Sabtu, 23 Mei 2009

    Dalam kita melangkah…
    Terkadang diuji dengan ujian,yang terasa berat,
    Hingga kita terduduk dan menangis, Peritnya terasa tetapi ketahuilah,
    Dan renungilah dalam diri kerana…
    Mungkin air mata tika itu hadir kerana…
    Dia mahu menjahit sejadah IMAN yang kian terkoyak
    Lantaran ada langkah-langkah yang tersasar,
    Semoga tabah dan tetapkan iman…
    Biarlah kita keseorangan,
    Tanpa berteman,
    Biarlah malam,
    Tanpa sinar rembulan,
    Biarlah tidur,
    Tanpa dihiasi mimpi indah,
    Tapi,
    Jangan biarkan hatimu sunyi,
    Tanpa sepotong ayat,
    Ayat suci AL-QURAN.........

    peguat semangat...

    wahai Tuhan jauh sudah lelah kaki melangkah aku hilang tanpa arah rindu hati
    sinarmu...
    wahai Tuhan aku lemah hina berlumur noda hapuskanlah terangilah jiwa di
    hitam jalanku...
    ampunkanlah aku terimalah taubatku sesungguhnya engkau sang Maha
    Pengampun Dosa...
    ya Rabbi izinkanlah aku kembali padaMu meski mungkin takkan sempurna aku
    sebagai hambaMu ...
    ampunkanlah aku terimalah taubatku sesungguhnya engkau sang Maha
    Pengampun Dosa...
    berikanlah aku kesempatan waktu aku ingin kembali kembali kepadaMu dan
    mungkin tak layak sujud padaMu dan sungguh tak layak aku...
    Amin Ya Rabbal Alamin....

    huhuhu....

    bertemu kembali...hmm...xpa ke aku dok tulis crita2 ni.segan plk kalau ada kawan aku yg kenai dok baca.huhuhu...

    xpe la...ni hanya luahan hati je.xbaik plk kan simpan sorang2.stg meletup plk....
    YA ALLAH....nape la kadang2 hati ni lemah sgt dgn hasutan syaitan ni.jauhkan la aku drpd godaan syaitan yg sentiasa menghasut anak adam ni....
    tetapkan la hati ni ya Allah....jauhkan aku drpd tidak bersyukur atas segala nikmatmu....

    kehidupan yg di lalui memg mencabar btui..macam2 dugaan yg Allah bg kan untuk meguji hati hamba-hambanya..ada dugaan senang,sedih,gembira...cuma kita je yg x tahu dan x nak ambik pegajaran dari segala yg Allah bg tu....

    Alhamdulillah..aku bersyukur sgt2 sbb aku masih diberi peluang untuk merasai nikmat yg Allah bg tu.bukan semua org yg akan dapat kan..aku jgk bersyukur sbb byk ujian yg aku lalui..itu tandanya Allah x lupa akan hambanya...terima kasih Ya ALLAH kerana beri aku dugaan untuk aku lebih tabah dalam menghadapi kemelut hidup ini....walaupun aku tahu kadang2 aku xmampu nak mghadapinya...

    hmm...aku dapat msj dari seseorg yg pernh bertempat di hatiku.nmpaknya dia masih mengharap lg...aku xbalas pon msj dia.lebih baik aku xberhubung dh dgn dia sekrgni.aku pon xnak la bg harapan kt org.harapan yg entah pasti x kan berlaku....aku rasa aku nk jauhkan je drpd insan yg bergelar lelaki ni....tp boleh ke...??????????????????????

    tgk brita pasai politik kt perak tu....poning jgk aku tgk.macam2 hal....walaupun aku org kedah tp xsemestinya kita x ambik beratkan.
    bg pendapat aku la kan...ni pendpt aku je la.bukan nk sokong mana2 pihak pon....hihihi.
    bg aku la kan...lebih baik bt pilihanraya lain kat perak tu.bg rakyat megundi dan pilih sapa yg depa nak jdi menteri besar.bukan apa...dgn cara ni xde la perbalahan antra 2 pihak.btui x..???
    sama ada pihak kerajaan ke atau pihak pembangkang ke...x kisah la....
    apapon yg berlaku tu...aku harap semua ni cepat selesai la kan...sbb kita semua org melayu...aku takut dgn masalah ni nanti ada pihak lain yg megambil peluang....

    borang semua dh isi dh....sijil2 pon aku dh potostat dh.siap dh di sahkan lg..kena prepair awai2 la benda ni kalau x nanti kalut la alamatnya....
    baju...hehehe...aku bt sendri tau.punya semngat nk temuduga...baju semua dh siap.tudung pon beli lain wooo....cuma kasut je xbeli pon.pakai je la yg dulu.lgpon masih elok lg kan....

    aku dok ngapai karangan arab ni....bukan apa la...korang pon tau2 je la kan.bila dh masuk dlm dewan tmuduga tu lupa habis.kadang2 tu bahasa yg mudah2 pon boleh lupa...
    tu yg aku ngapai siap2 tu....mana tau kan kalau aku x tau sgt cmne nk wat tajuk tu,aku karang je la apa yg aku ngapai....nk biar kosong stg xdapat markah la kan.....

    eh...alamak...nanti la yer sambung lg.nk g masak jap.hihihi....dok rumah kan besa la tugas yg x dapat nak di larikan oleh kaum wanita.....hehehe.kena pandai masak la...nanti dh kawin suami tu xla makan kat luar je.....huhuhu.

    ok,jumpa lg.

    Rabu, 20 Mei 2009

    megimbau kenangan...

    hmm....hish nape la bila time2 sunyi ni macam2 ada dalam kepala hotak ni.benda yg lama2 tu dia mai balik..ni pon syaitan jgk yg dok bwa fkiran ni.

    nape la susah btui nak lupa seseorg tu ye.nak paksa lupa pon stg sakit kepala plk.so...bt xtahu je la..bukan apa kan.aku ni kalau boleh tu nk lupa je kenangan yg lama2 tu.sesak nafas je kalau dok ingat2 sgt.hehe.....

    korang nk tahu ke apa msalahnyer..huhuh.malu la nk cite kt korang.xpe la korang faham2 sendri la yer.balaghah skit.heheh....maklum la madah yg aku minat dulu kan.ha...kawan2 aku yg kat mesir tu depa dh start exam dah.aku kt sini pon berdebar rasanye....aku harap depa semua dapat bt yg terbaik la tahun ni.najah kabir jiddan..........cayok2....aku sentiasa mendoakan kalian semua.jgk aku xlupa buat ahli rumah aku dulu.semoga korang pon dapat mumtaz jiddan tahun ni....

    berbalik kat aku...hmm,aku dh dapat nmbor baru dia tu.xsangka btui dia tukar nmbor baru.aku ni jahat sgt ke sampai mcmtu sekali lakunyer...aku try hantar msj.ingatkan dia dh ok dh.tp rupenyer masih marah lg kot...heheh,aku agak2 je la...so..aku xbrani nganto dh msj tu.xbaik kaco org tau.heheh....

    apapon aku sentiasa mendokan kejayaan dia di dunia dan akhirat.dia tu idola aku masa kat kolej tu.pandai giler la.mantop jiddan.sekali cakap arab tu...cair btui la.
    xpe la...mungkin pasni dia nk wat master plk ke,phd ke....truskan perjuangan...jgn megalah tau.semoga dapat jd seorg pensyarah kuliyah bahasa arab....amin.

    dh tinggai xbape hari lg nk tmuduga.aku baca pon xtau la masuk ke x dalam kepala ni.
    tawakal je la nanti.yg penting kita berusaha....

    buat abg aku yg dok kt mesir tu,dia pon tgk imtihan jgk.ha...wat yg terbaik tau.ko tu dh lama dh dok saner...makayah dh rindu sgt tu.hihi....nak balik tahun ni semngat kena lebih skit la tau.

    ok....jumpa lg nanti..

    Sabtu, 16 Mei 2009

    PERLU DIBACA...


    HMM...harini aku ada masa skit.jd boleh la aku baca buku novel karya penulis terkenal faisal tehrani...
    aku rasa novel ni memg patut la di baca oleh semua golongan trutama sekali golongan remaja sekarang ni.bukan apa nasihat dan cerita dalam novel tu memg baguih2 belaka la.ada unsur dakwah yg ingin disampaikan penulis...
    ha...untuk sapa2 yg minat menjahit tu memg baguih sgt la korang baca novel " MANIKAM KALBU NI "
    ni...ada sedikit kata2 yg menarik minat aku.ye la walaupun aku ni bukan tukang jahit profesional tp bila baca novel ni macam nk jd tukang jahit terkenal la plk.heheh...korang dgr tau ayat-ayat di bawah ni.....
    " syarat-syarat busana melayu"
    1) pantang membuka aurat.
    sesiapa memakai tetapi membuka aurat
    tanda imanya sudah berkarat.
    tanda org yg tak semegah
    berkain baju terdedah-dedah.
    sesiapa memakai menyingkap-nyingkap
    tanda dirinya tidak beradab.
    adat org melayu jati
    berkain baju berhati-hati.
    2) pantang kainya nipis.
    apabila berkain baju yg tipis
    disitulah tempat setan dan iblis.
    apabila memakai baju terlalu jarang
    malu tak ada aib pon dah hilang.
    3) pantang berpotongan ketat.
    apabila memakai yg ketat-ketat
    agama hilang binasa adat.
    barangsiapa berbaaju sempit
    imanya malap jiwanya sakit.
    tanda melayu memegang adat
    pantang dia berbaju ketat.
    tanda org beriman teguh
    pakaian sempit memg dijauh.
    4) pantang meniru.
    membuat baju harus sejudu
    pantang ia tiru-meniru.
    jgn suka tiru-meniru
    supaya tak hilang maruah melayu.
    apabila memakai tahu kan diri
    supaya tidak lupa diri sendiri.
    kelak memakai elok menurut adat
    kelak tidak membawa mudharat.
    jika memakai elok menutupi badan
    kelak tidak disusupi syaitan.
    5) pantang memandai-mandai.
    apabila berpakaian memandai-mandai
    aib tersingkap malu terburai.
    Rasulullah S.A.W bersabda : " sesungguhnya Allah tidak melihat pada tubuhmu,tidak pula pada bentukmu tapi Allah melihat pada hatimu..."
    -dipetik dari novel manikam kalbu-
    so....korang fkir2kan la.semoga busana melayu terus dipertabatkan....

    SELAMAT HARI GURU.....


    " SELAMAT HARI GURU " aku ucapkan bt guru-guruku yg tersayang.
    buat guru aku di Sekolah Rendah Islam Darul Ulum,Sekolah Menegah An-Nahdzah,bukit besar....
    jasa guruku semua xkan aku lupa sampai bila2 pon.kerana guru lah penyuluh pelita yang menerangi seluruh kehidupan kita semua...
    untukmu guru,pegorbananmu sangat mulia.....

    PROFESION PERGURUAN...

    Peranan guru sebagai agen perubah masyarakat

    Tugas guru adalah satu amanah Allah yang perlu dilaksanakan dengan sebaik-baiknya. Dalam situasi hari ini, murid tidak lagi melihat profesyen perguruan adalah yang pilihan yang teratas. Apabila ditanya kepada murid-murid sekolah rendah yang belum matang mengenai cita-cita mereka, rata-rata akan memilih menjadi doktor atau polis.

    Menjadi seorang pegawai perubatan kerana hendak menolong orang sakit. Menjadi seorang anggota polis untuk menangkap para penjahat. Sifat keprihatinan mereka terhadap orang sekeliling masih lagi menebal. Semakin matang pemikiran seorang murid tersebut, cita-cita mereka juga turut berubah, ditambah pula dengan peranan kewangan dalam segala aspek kehidupan , mereka kemudiannya memilih untuk menjadi kaya.

    Jika tanpa iman dan pedoman yang betul, mereka akan membesar ke arah berfahaman Maddiyyah atau kebendaan yang melampau. Soal halal, haram, dosa dan pahala tidak lagi menjadi persoalan. Serba boleh yang tidak kena pada tempatnya. Sikap individualistik mengatasi sifat keprihatinan mereka terhadap masyarakat.

    Apabila mereka memasuki zaman universiti, ‘output-output’ inilah yang dikatakan sebagai mahasiswa-mahasiswi lesu. Mereka akan berjuang untuk nasib mereka sendiri dan tidak melibatkan kepentingan masyarakat. Apabila mereka menceburi bidang kerjaya dan sebagai contoh, menjadi doktor, mereka menjual dadah kepada para penagih di klinik-klinik sendiri, apabila menjadi anggota polis, mereka mudah gelap mata dengan habuan pelanggar undang-undang.

    Apabila menjadi guru, mereka memberi contoh yang tidak baik kepada rakan sekerja dan murid-murid. Oleh itu, para guru dan para pendidik tidak kira apapun taraf atau pangkat seharusnya mengorak langkah bersama-sama berganding bahu sebagai agen atau pencetus ke arah perubahan masyarakat yang lebih baik dari segi nilai moralnya dan kehambaan kepada Tuhan.

    Sekolah tidak seharusnya dijadikan sebagai tempat perniagaan untuk mengaut keuntungan monetari yang sedikit. Para pentadbir tidak wajar mengambil apa-apa ‘komisen’ yang diberikan oleh pihak yang mendapat projek.

    Seandainya para guru ingin membuat kerja sampingan untuk menampung kehidupan yang kian terdesak, jangan jadikan sekolah atau waktu persekolahan sebagai medannya. Ini kerena kita adalah agen perubah masyarakat.

    Khamis, 14 Mei 2009

    JALAN...

    untuk harini....
    hari ni ada program skit.nak g skolah lama
    kt tandop tu.sekolah rendah islam darul
    ulum.(SRIDU)

    dh bersiap awai dh,tunggu mak aku balik plk.g beli ikan kt taman tu.mesti sambil2 tu dok sembg sama la tu.besa la jiran2 kan time ni la nk buka cite apa2 pon.huhu...tp jgn dok megumpat dah la kan.bukannya dapat pahala,tambah dosa lg la...

    setengah jam tunggu baru balik.aku sempat lagi dok chatting.hehe...pastu trus p la.kak aku yg bawa keta.aku boleh je nk bwak.tp tak berani lg la.silap haribulan lain plk jadinye...

    wah...rindu btui kat skolah lama aku tu.aku ngajar kat situ la tp sat je sbb aku jadi guru ganti bersalin.dalam 2 bulan je sempat ngajo.kira ok la jgk tu dapat la skit pegalaman kan...
    lalu kat depan kelas budak2 tu.riuh depa tu.memg kenai sgt la dgn aku ni sbb aku ngajar budak2 tahun 1,2,3.garang tu bukan main lagi.....

    trus jumpa guru besar bgtau kata nk sruh bt surat skongan untuk tmuduga ni.kerani xda plk jd nk kena mai lain la hari ahad ni..xpe,xkisah pon sbb dekat je dgn rumah aku.
    jumpa cikgu2 lama tu salam dulu la..hehe..tnya khabo kan.ustz syafrizal tu lalu je x tgur pon.dia tu malu skit...xsempat nk jumpa ustz mokhtar,ustz bhasa arab aku dulu masa aku tahun 5.xpe lah annti aku nk mai len boleh jumpa lg....

    pastu trus p bukit besar..Sekolah An- Nahdzah plk.tu skolah menegah lama aku plk...
    g ambik adik aku yg tingkatan 5 tu..sampai sana depa x habis blajar lg jd kena tunggu la..
    smbil tunggu tu p jalan2 jap jumpa plk agn kawan lama kau masa 6 stam dulu...kamilah namanya.adik ustz azam,guru aku jgk la.hehe.....rupanye dia bg kad kahwin.tahniah la aku ucapkan kt dia.kira awai jgk la tu...nk bt cmne jodoh awai kan.entah bila plk nk tunggu kad jemputan aku...hihihi.....megarut je la.

    p jumpa ustzah adik aku plk.rupanya kakak lughah masa kat mesir dulu.sembg sakan la kami.
    macam2 cite yg di keluarkan...
    dh habis semuanya tunggu adik aku yg bongsu plk,tingkatan 1.dia dok asrama.tiap2 hari khamis kami mai la ambik baju2 dia untuk di cucikan.heheh....anak manja katakan.
    puas jgk nk pujuk dia tu dok asrama,al maklumla xpernah berenggang dgn makayah....

    aduh....letih.balik ptg la jgk..sempat tido lg.masak besa2 je..huhuh.
    ptg tu besa la kan cite kegemaran aku....hehe.

    malam dok chatting dgn abg aku plk kt mesir tu.macam2 dia tu ctenya.nk imtihan kan bg semngant skit......



    Selasa, 12 Mei 2009

    MEMILIH TEMAN...


    Memilih teman..Memilih teman sama erti memilih masa depan...
    Memilih teman sama erti memilih perilaku...
    Memilih teman sama erti dgn memilih kualiti ilmu...
    Maka sesiapa pun yg ingin masa depan cerah, perilaku menawan hati serta luas ilmu dan
    brwawasan, maka harus pandai memilih teman..
    Kita sukar brkembang bila shari-hari kita begaul dgn orang2 malas,
    kita juga sukar meraih kemulian akhlak, bila shari-hari brgaul dgn orang2 yg buruk akhlak..
    Maka tinggi rendahnya kualiti seseorg manusia sangat dipengahuri oleh kualiti org yg menjadi temannya..
    RASULULLAH (SAW) BERSABDA..." Seseorang itu adalah menurut agama sahabat (karibnya)
    kerna itu, ada baiknya seseorg dari kamu meneliti dulu siapa yg akan dijadikan sahabatnya.. . "

    KHASIAT BAWANG MERAH..

    Memakan bawang akan menurunkan tahap kolesterol yang tidak baik tetapi menaikkan tahap kolesterol yang baik.

    Ia juga menurunkan tekanan darah, membantu menentang jangkitan, menghalang asma, mengurangkan risiko kanser, sebagai ubat batuk, melawaskan buang air kecil, haid dan menyingkirkan batu karang.

    Bawang dicincang, dipanggang bersama madu lebah dan dimakan untuk merawat asma, batuk, sakit dada dan sesak nafas.

    Bawang ditumbuk lumat dan ditampal pada penyakit tapak kaki, dibahagian dada apabila sesak nafas, sakit perut dan sengatan serangga.

    Bawang dihancurkan campur air limau dan diminum untuk menyingkirkan kahak, merawat bengkak anak tekak, senak perut dan reumatisme

    .-Petua Orang Tua-

    INILAH HARIKU...

    selamat pg,ptg dan malam...untuk catatan hari ni nk cite apa ye.

    harini bangun lewat awal skit sbb ada program.nk tau x..?program apa yer...hmmm.ha..harini nak g perlis tgk tempat tmuduga aku tu.kena p tgk awai2 la kan nanti x la kalut sangat.ye la kalau nk p masa hari aku tmuduga tu bt xjumpa tempat tu pening kepala la aku.silap haribulan bukan org yg temuduga aku...tp aku yg kena tmuduga org.hehe....

    bertolak dalam kui 9.00 pg.aku p dgn makayah aku ja.kak ngan adik aku xikut.nk kemas rumah katanya...depa tu memg rajin btui la.sapa2 yg nak ambik buat menantu tu boleh la aku tlg rekemenkan.hihi.....

    cuaca panas skit harini.nasib baik keta ada hawa dingin.boleh la releks skit kan.

    dalam perjalanan tu dapat jgk pemandangan luar ni.al maklum la kan jarang nk p jalan2 jauh pon.tunggu org bawak je la...Subhanallah...cantik btui keindahan yg Allah jadikan ni kan.sejuk mata memandangnye...

    lupa nak bwa kamera plk,kalau x boleh la tangkap gambo pemandangan.
    hmm...jauh jgk perlis ni.tgh dok jalan2 tu ada polis bt pemeriksaan plk.nasib baik lesen,cukai keta semuanya cukup.hehe....cuma tali pinggang belakang je blum pasang lg.kerajaan bg tempoh 3 tahun,lambat lg le.huhu...

    lepas isi minyak kat petronas,ayah p tanya org yg tgah dok buh pam angin.rasanya cikgu sekolah memandu..hmm,nasib baik pakcik tu tau kat mana institut perguruan perlis tu.baik btui pakcik tu siap tlg bwa tunjukkan sekali.Alahmdulillah...dh sampai.besaq jgk institut tu.aku ni dh rasa getaq dan kecut perut semua ada.tu belum hari tmuduga lg tu.hish...hish....cmne la...

    sampai rumah trus makan nasi..org dh masak kan jd bedal je la.tgh lapo plk.hehe..
    pastu sambil2 baca buku jap untuk tmuduga ni..
    ptg plk tgk tv je...cite indon ni best jgk."aqso dan madina".

    hmm...rasanya tu je la untuk catatan harini...bt kwan2 yg dh nk imtihan tu stdy molek2 tau.aku kat sini sentiasa mendoakan kejayaan korang semua...insyAllah najah kabir jiddan.

    Isnin, 11 Mei 2009

    RESTORAN RADIX FRIEND CHICKEN































    HA...dh tgk ke gambar diatas ni.ni la restoran rfc milik syarikat HPA..restoran ni ada kat sg.petani,kedah...pastu depa bt cawangan kedua di shahab perdana,alor setar.
    wuih...memg ramai btui masa hari pembukaan tu.dirasmikan menteri besar kedah..aku dgn family mesti la mai.cuma abg aku je x dapat mai sbb dia dok kt mesir.huhu....dia dpt tgk gambar je la.
    kalau sapa2 yg xpernah p lg rfc ni baik korang g la.rugi tau kalau xmerasa makanan kat sini.jgn risau dijamin halal 100%.lgpon buatan org islam kan...bila lg kita nak bantu umat islam ni.time ni la.
    jommm...pakat ramai2 g sane.bwak la saudara mara ke.sambil2 makan tu boleh megeratkan tali silaturrahim...





    KELUARGAKU YG TERSAYANG



















    HA...ni gambar keluargaku..yg atas tu gambo mak aku dan yg bwah2 tu semua gambo adik2 aku....korang tgk je tau.




    TAHNIAH.....

    YAB DATO' SERI IR HJ MOHAMMAD NIZAR JAMALUDDIN

    MENTERI BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

    MASALAH OH MASALAH....

    salam kembali....
    sory la lama dh x tulis blog ni.internet kt rumah ni merajuk la plk.puas btui nk pujuk punya lama sampai 4 hari baru boleh guna.huhuh...

    masalah ape ntah la.xde internet ni kacau la jgk kan.nk bt apa pon xbole..ayah nk dgr ceramah pon xboleh jgk.nk dgr sape menteri besar perak yg terbaru ni..satu suasana yg penuh mendebarkan.

    hmm...nape ek kadang2 tu rasa xsemngat je nk bt blog ni.xtau la nape...coz bila tringat kenangan lama tu mesti hati rasa sedih punyer.hehe...hari jumaat lepas aku g ngajar tuisyen.nk hujan plk hrtu.nasib baik anak murid aku tu baguih2 jgk la sbb depa mai jgk hujan2 pon.x sabao nk blajar bahasa arab kot.hihi....

    pas hbis ngajar sembg sat dgn tuan rumah tu.cite pasai adik dia yg disyaki kena chikugunya.hmmm...dh merebak dah la ni penyakit tu.kt kwasan aku pon dh nk sampai la tu.apapon aku mendokan semua keluarga aku sihat2 belaka...

    tntg tmuduga jqaf plk...ada kwan aku yg dh kena tmuduga.depa kata kena tnya byk la jgk.sekali kena cakap arab la.....mak oii.getaq jgk ni.bukan xboleh cakap arab..boleh je.tp korang pon faham2 saje la kan bila dh duk depan penemuduga tu kecut perut habis.tp insyAllah...aku harap aku dan kwan2 yg len dipermudahkan urusan untuk tmuduga nanti.sjil pengiktirafan pon aku x print lg.nak kuar p print segan btui.maklum la asyik dok rumah je..

    tntg pgiktirafan tu..aku harap2 semua nya selesai dgn baik.hmm...nak ngaji pon kena diiktiraf dulu la.nasib baik la ada ustaz2 yg tlg uruskan semua urusan tu.trima kasih byk2 la bt korang semua yer.semoga Allah dapat membalas jasa baik korang semua...bt ustz syafiq tu,syukran awi-awi la sbb byk btui soalan aku kt dia tu.hehe...nk minta tlg kan.kat sapa lg kalau nukan kwan2 kita ni.hmm....ustaz yg sorang lg tu g mana ntah.menyepi sunnguh sampai xdgo khabo pon.mungkin dia xnk di gangu kot.dgr khabar nk ambik master katanya....tahniah la.
    semoga dia sentiasa sihat2 selalu dan berjaya dalam kehidupanyer....

    Isnin, 4 Mei 2009

    ATUK KATA....


    Atuk Kata..

    ORANG KATA .... enjoy sementara muda,
    hiduppanjang lagi,dah tua nanti taubatlah.
    ATUK KATA ..... orang muda hidup memang baru bermula,tapi belum tentu masih panjang lagi,entah esok lusa Izrail datang menjemput.
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......
    ORANG KATA ..... exams tu susah, kena banyak sacrifice, constant study ..... past year papers ..etc .. etc .. etc .
    ATUK KATA ..... exams tu senang aje, dah ada tarikh untuk diuji, dah ada syllabus untuk diikuT,
    kalau ajal ... entah bila siapapun tak tahu, banyakpula tu peringkat ujiannya, Munkar Nankir, NeracaMizan, tayangan slide ......
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......
    ORANG KATA ..... have fun on your birthday,panggil kekawan and sedara mara, berpartylah sepanjang malam, make it a memorable one!!
    ATUK KATA ..... setiap hari jadi, kita semakin hampir, hampir setahun dengan kematian,setahun lagi diberi peluang untuk beramal,bertaubat ......
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......
    ORANG KATA ..... kerja mesti sungguh-sungguh,beli rumah besar, kereta mewah, makan lazat ......baru hati puas!
    ATUK KATA ..... ye ke hati dah puas?? dah cukup ibadah nak tempah kubur luas-luas? dah siap kenderaan meluncur Siratul Mustaqim? dah cukup zikir untuk santapan rohani? dah cukup amal nak 'book' tempat Al-Firdaus?
    AKU RASA ..... betul jugak tu ......
    ORANG KATA ..... successful people have agood time management, ada bisnes di KL, NewYork, Tokyo ..... masih sempat berkempen untuk pilihanraya, masih sempat melepas lelah di disko dan karaoke, masih sempat pasang perempuan2-3, baru orang boleh respect!
    ATUK KATA ..... setiap manusia dapat 24 jam dlm sehari, tapi ..... ada masa ke untuk sujud di sejadah 5 kali sehari semalam? ada masa ke nak selak Al-Quran sekali sehari? ada masa ke nak jenguk ibu ayah di kampung, sekali dalam seminggu, atau sebulan, atau setahun?
    AKU RASA ..... err ..... betul jugak tu ......wallahu'alam..