Ahad, 24 Oktober 2010

penantian bakal berakhir....

hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk aku menghabiskan kursus ku di maktab....fuh...penat lelah ku tempuhi dengan sabar walaupun byk dugaan yang mendatang....

minggu depan murid sekolahku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.bukan sahaja murid, guru pun sibuk jgk bila tiba time periksa ni...SU pepriksaan dh bgtau sebelum cuti deepavali sila setelkan semua kerja2 yang tertangguh.makin sibuk la minggu depan ni....

Cuti deepavali dapat la dlm 5 hari...boleh la jgk aku nak balik rumah pun.nnti cuti panjang dh xdapat dh nak balik...kena pulun study untuk exm,pastu temuduga lak...

apap2 hal...jumpa nnti..

Rabu, 23 Jun 2010

adakah pintu hati ini dah tertutup...


hmm....salahkah jika aku belum bersedia lagi ke arah itu.org lain x boleh nak memaksa semua benda.keputusan masing2 kena la hormati...

aku memg x suka kalau ada org yang nak kongkong hidup aku.apa yang kita nak buat semua x kena...napa payah sgt nak terima pandangan org lain.asyik nak ikut pandangan mereka sahaja...

kalau rasa diri sanggup untuk menunggu kenapa x tunggu ja.kenapa ambik keputusan untuk putus!!!
memg jenis yang xikhlas....cakap lain,tp buatnya lain plk.

aku memg malas nak layan semua benda ni...dh tau dah memg mcmtu.terima ja la...

apapun pintu hati ni sekarang dh berkunci.dan kuncinya aku baling jauh2 dalam laut....biar x kan dapat dijumpa oleh sesiapa pun...

Isnin, 24 Mei 2010

selamat pagi cikgu..

wah...hari yang indah tatkala azan subuh berkumandang di seluruh pelusuk taman cahaya masai.berat rasanya hati nak bangun menunaikan kewajipanku...tp bila memikirkan itu semua godaan dari syaitan terus aku bangun meninggalkan tempat tidur yang enak itu....

selepas mandi dan bersarapan pagi....aku terus bersipa untuk pergi ke sekolah,tempatku mencari rezeki di sana.tepat jam 11 pagi kereta kawanku pun sampai di pintu pagar rumah.selepas mengunnci pintu dan membaca sedikit doa sebagai pelindung aku terus masuk ke dalam keretanya...vroommm....deruman enjin itu berbunyi meningalkan taman cahaya masai.

sampai di pintu pagar sekolah,aku terus berdoa semoga hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku.moga segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.itulah doaku setiap hari apabila aku sampai di pintu masuk pagar sekolah....bukan apa,apa yang berlaku semuanya dah diaturkan oleh Allah.apa salahnya jika kita memohon kepadanya semoga rezeki yang kita perolehi diberkati...

selepas mengepunch kad di pejabat,aku terus ke bilik mesyuarat untuk mengambil buku rekod yang telah ditandatangan oleh guru besar.itulah rutin harianku pada setiap hari isnin.
selepas itu aku bergerak ke bilik j-qaf,bilikku yang terletak dibahagian bawah bangunan baru.
rehat sebentar sementara menunggu kelas tasmik pada jam 12.40....kalau ada kerja2 yang belum dibuat waktu itulah aku selesaikan apa yang patut.aku memang x suka kalau ada kerja yang belum disiap sewaktu hendak meninggalkan sekolah.bagiku...apa kerja yang ada di sekolah akan aku cuba untuk habiskan sebelum kembali ke rumah....itulah pesanan yang aku ingat sampai hari ini.

kelas pertamaku adalah kelas yang paling akhir untuk tahun satu...memg begitu mencabar kalau masuk kelas ini.tp apapun tugas kita samaada kelas awal atau kelas belakang....tetap akan dilaksanakan juga sebagai seorang guru.

kelas seterusnya adalah kelas yang kedua....1 amanah.kelas ini adalah kelas yang agak pandai juga bagiku.begitu mudah untuk mengajar kelas ini...
kringg....loceng berbunyi tandanya budak tahun 1 untuk rehat.aku meneruskan langkahku menuju ke surau.lewat aku solat zohor hari ini.apakan daya itu je masa yang ada untukku....
selepas habis rehat langkahku terus menuju ke kelas 1 usaha,kelas yang sangat aku suka.murid 1 usaha aku rasakan seperti anakku sendiri...boleh untuk dengar dan patuh arahan aku.cuma kadang kala mereka agak excited dalam membuat kerja sekolah.aku guna LCD harini...aku cuba try pasang sendiri.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

selepas habis aku buat apa2 kerja yang tertangguh..tepat jam 6.45 aku pun bergerak pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupanku yang seterusnya....

Jumaat, 16 April 2010

aku kembali lagi...

sudah sekian lama aku meninggalkan cacatan blogku ini..rindu rasanya untuk kembali aktif seperti dulu.tp apakan daya dengan kerja dan tanggungjawabku sebagai seorg guru membataskan aku menulis cacatan diari ini.hanya bila ku punya masa lapang,akan ku coretkan segala suka duka ku dalam menempuh haluan hidup yang diaturkan untukku..

bulan 7 ni genaplah setahun aku bergelar seorg guru.byk lg ilmu yang belum ku khatamkan..aku masih lagi insan yang mencari2 ilmu selagi hayat masih dikandung badan..byk cabaran dan dugaan yang ke tempuhi.dugaan dgn tempat kerja...dgn kawan sekerja...juga dugaan perasaan yang x pernah hilang dari kamus hidupku..

entah kenapa jika suatu perkara yg kita x nak ia berlaku...itulah yg akan berlaku.jika diberi pilihan memg aku nak elakkan.tp..kita ni manusia je.hamba di muka bumi ini.apapun yg mendatang anggaplah satu ujian..

entah dari mana datangnya perasaan ini aku pun xtau.tahun lepas aku x ada pun perasaan yg sebegini rupa.bila datang ja tahun 2010 perasaan yang nak ku buang jauh2...datang mencari diriku kembali...
kenapa aku minat terhadap dia yer...kenapa aku rasa aku suka kat dia..padahal xpernah terlintas langsung untuk ku berfikir begini.walaupun aku x pernah untuk bertegur sapa di sekolah apatah lagi untuk berbual2.walaupun umurnya lebih jauh dariku...aku seolah2 senang dengan org yg sebegini..

prinsip aku..bila aku suka kat sapa2 pun aku akan berterus terang.begitu juga dia.aku bgtau yg aku minat kat dia.aku pun xtau bila yg aku ada perasaan suka kat dia.hmm...jika bermain dengan perasaan ni memg payah betul.aku tunggu jgk jawapan darinya..aku x kisah apapun jawapannya.aku cuma nak tahu jawapannya sahaja....

tp sampai sekarang aku belum tahu apa jawapan yg sebenarnya..tiap hari aku mesti akan bertemu secara tidak sengaja.tp x pernah untuk kami bertegur.aku lagi la malu untuk bertegur sapa...

ahh..biarkan je perasaan ni.makin dilayan makin menjadi2...andai Allah takdirkan aku untuk dia..akan ada nanti satu pertemuan yg penuh bermakna.

Isnin, 1 Februari 2010

Persembahan Semalam

Selepas selesai solat maghrib aku membuka naskah Al-quran.ku baca surah Al-Mulk,surah itulah yg aku amalkan membaca tiap-tiap malam.Bukan apa..ilmu yang kita pelajari tu kalau tak amalkan kan berdosa tu.Itu saja lah cara untuk mendapat ketenangan kan.

Selepas habis membaca,aku online jap dgn family.dh duk jauh ni family xkan dilupakan..hubungan yg baik tu yg paling penting.doa makayah kan berkat..
tit...tit...bunyi lagu hanset aku berbunyi.itu tandanya msj dh masuk.malas btul nak pergi tgk.kadang-kadang tu msj dari celcom je..abaikan je la.

Bila azan isyak dh berkumandang,segera la kita menunaikan seruan Illahi tu.jgn duk berlengah-lengah lagi...tenang je hati selepas selesai mengadap Allah,pencipta sekalian makluk.Segala luahan hati dipersembahkan hanya pada yang Maha Esa..kerana Dia Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui.

Selesai melipat telekong sembahyang,sekali lg hanset berbunyi.ini bukan tanda msj masuk tp ada org call aku ni...

Cepat-cepat aku berlari mendapatkan hanset yg berbunyi minta dijawab panggilanya.manja jgk hanset aku tu.hihi...alamak,nombor xkenal la plk yg call ni.nak jawab ke tak ye.kalau x jawab nanti ia satu panggilan yang penting plk.jawab je la...

" assalamualaiku,nur ke ni "..." waalaikumsalam...yer saya.awk ni sapa"...
" balik ka cuti raya cina ni "..tanpa menjawab soalan aku terus dia ajukan soalan..eh dia ni,org tnya sapa xmau jawab la plk.lelaki plk tu.ingat aku suka sangat ka bercakap dengan org yg xkenai ni.kalau ikutkan hati nak je letak.tp bila aku tanya balik terus dia bgtau.oo...rupanya seseorang yg memang aku kenai.

Selepas bercakap apa yang penting aku terus letak talifon.bahaya kalau cakap lama-lama ni.nak cakap pun cakap hal penting cukup la..
Ya Allah...kenapalah dia ni masih lg mengangu hidup aku.xcukup lg ka apa yang dia dh buat selama ni.kadang-kadang aku hilang sabaq jgk dgn kerenah dia ni.tp...ASTAGFIRULLAHAL'AZIM.....aku masih lg hamba Allah.kesabaran tu penting kalau nak jadi hamba yang soleh.

Bila aku nak marah je..terus aku teringat satu perkara.Apa yang Allah berikan pada kita merupakan satu ujian.aku sedang diuji ni.sbb tu la bila aku nak marah je...cepat2 aku berishtigfar.marah kan sifat syaitan yang dilaknat tu...

last-last...aku biarkan je perasaan tu berlalu.kalau dia masih nak mengangu aku tu,biarlah.kalau aku marah,kalau aku larang pun bukannya dia peduli.entah lah....biarkan je la.yg penting aku x sakitkan hati sapa2...



Sabtu, 23 Januari 2010

hmm...ketika malam menjelma di pertengahan puncaknya,aku masih disini.mata yang sukar untuk ku lelapkan.entah apa episod peristiwa yang sedang aku fikirkan..

kadang-kadang hatiku terasa begitu sunyi saat bila malam sedang mencapai penghujungnya.hatiku..jiwaku...sentiasa lebih dekat dengan Penciptaku.aku seolah-olah sedang mengadu dan online dengannya...

YA ALLAH...entah kenapa tiba2 hati aku rasa begitu sayu tatkala aku terkenagkan peristiwa lalu.aku tahu apa yang terjadi adalah satu ujian darimu...aku redzo YA ALLAH..tp...aku bukan malaikat.aku juga bukan nabi..aku hanya maklukmu..engkau yang menciptakan diriku.Engakau sebenarnya yang layak mengatur jalan hidupku....

tp aku tetap tewas...tewas dengan perasaanku sendiri.aku cuba untuk membuang semua perasaan yang ada dalam hatiku ini..namun tiap kali ku mencuba aku seolah-olah tidak terdaya.aku tahu,aku perlu kuat untuk menghadapi semua ini...bantulah diriku...

YA ALLAH...aku juga punya hati dan perasaan.salahkah jika aku mempunyai perasaan kepada insan lain.insan yang berlainan jenis denganku..insan yang bernama lelaki...aku takut YA ALLAH..seandainya engkau murka segala tindak tandukku.aku cuba untuk membuang perasaan sebegitu.namun hati kecilku susah untuk melakukannya.

satu yang ku harapkan darimu...engkau jauhkan la hatiku dengan insan yang engkau tidak takdirkan dia dlm cacatan kehidupanku.aku xmahu jatuh hati pada sesiapa lg...pengalaman lalu memg byk mengajar aku.aku sedar peringatanmu YA ALLAH..

engkau dekatkan lah hatiku dengan insan yang telah engkat catatkan dalam kamus hidupku...aku xmahu insan lain YA ALLAH.jika aku mengikut kata hatiku,aku akan kecewa.aku xberdaya untuk menghadapi semua itu lg..jika engkau telah tetapkan hatiku untuk dia...engkau kuatkan lah tautan hatiku ini...


aku hanya berserah padamu...hanya engkau yang layak untuk mengatur hidupku.aku hanya mampu berdoa...hanya itulah senjata yang aku ada untuk dekatkan diriku padamu..YA ALLAH...

Sabtu, 16 Januari 2010

gotong-royong sekolahku...

hai...bertemu kembali hendaknya.harini ada gotong-royong kat sekolahku yang tercinta tu.xboleh nak rehat lgla musim cuti ni.huhu..xpe buat amal jariah sikit.

bertolak g dalam kul 8 pg.sampai je terus puch kad.pastu terus g bilik jqaf kemas2 apa yang patut..sapu sampah,susun alquran,tampal kertas warna dan mcm2 lgla.tengah duk tampal tu ustazah wan panggil jap untuk g kemas surau lak.dia lantik aku jadi penyelaras surau lak.huhu...insyallah aku cuba yang terbaik.sama2 bantu-membantu la yer.

habis berkemas g rehat jap kat bilik jqaf.tlg apa yang patut..dh selesai semua kami pun balik la.lewat la juga balik daripada cikgu2 lain.pas zohor.bertolak balik g hantar kak shima dulu kat rumah dia.pastu terus kuar g jalan2 jap cari barang..

g pusat bandar perbaiki jam.bateri dh habis lak..dh seminggu dah.puas juga masa ngajar asyik duk tgk hanset je.hehe...solat zohor kat sana terus sbb takut xsempat lak.habis tu g makan jap lapo lak kawan aku tu.pastu bertolak g rumah kawan aku jap ambik barang.balik tu singgah stokis hpa jap beli barang..fuhh..walaupun xbawa kereta tapi penat juga jadi penumpang pun.ngantuk xtau nak habaq dh la..dari pg td sampai petang xbalik2 rumah lg.cikgu ni bz btui la yer.hihi...

balik letih solat and terus tidur la..bangun2 dh nak dekat maghrib dah.makan nasi dulu lapo pastu baru solat...ha..rehat la sikit badan ni.chating jap dengan kawan2..pastu good night ler.