Isnin, 3 Januari 2011

AHLAN WASAHLAN 2011

Selamat datang ku ucapkan untuk tahun baru 2011.ketika tepat detik jam 12.00 tgh malam, kedengaran bunyian percikan bunga api bergema di ruang udara. Semua rakyat Malaysia meraikan sambutan tahun baru ini. Tapi bagi aku itu semua x penting sgt...banyak habiskan duit ada la. Apa salahnya sambutan tahun baru ini diiringi dengan sujud syukur, bacaan ayat suci Al-Quran, dan zikir salawat tanda bersyukur kepada yang maha pencipta kerana masih memberi kita nafas untuk menghirup udara dunia yang hanya sementara ini...

Hmm....bila masuk ja tahun baru mesti org akan bercakap mengenai azam tahun baru kan. Ha...semua org mesti ada azam tahun baru masing-masing. Aku...?????
Aku juga ada azam tahun baru...apa ye...jap2 nk fikir.

Aku nak jadi lebih baik pada tahun2 yang sebelumnya..setiap org perlu hijrah.hijrah kepada yang lebih baik....segala kenangan2 manis dan pahit yang aku lalui tahun 2010 akan dibuang jauh2 dalam ingatan fikiran.
Apa yang baik akan aku jadikan teladan untuk meneruskan kesinambungan hidup di dunia yg sementara ini. Dan apa yang x baik akan aku jadikan sempadan dan pengajaran dalam kehidupan supaya perkara yang sama tidak akan kembali lagi mengulangi kenangan pahit yg berpanjangan...

InsyAllah...aku mohon restu dan petunjuk dariMU Ya Allah untuk aku meneruskan kehidupan sebagai hambamu...aku mahu mengingatiMU selalu...mahu sentiasa dekat denganMU...
Engkau bimbinglah aku mencari jalan kerezhoaanmu...moga aku x lalai sebagai hambamu kelak...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan