Isnin, 15 Oktober 2012

HAPPY 2012....

hehehe...lama xupdate blog aku ni.maklum la bz satu hal.pastu lupa plk pasword dan emailnya...jenuh aku nak ingatkan kembali...see you again...

Isnin, 3 Januari 2011

AHLAN WASAHLAN 2011

Selamat datang ku ucapkan untuk tahun baru 2011.ketika tepat detik jam 12.00 tgh malam, kedengaran bunyian percikan bunga api bergema di ruang udara. Semua rakyat Malaysia meraikan sambutan tahun baru ini. Tapi bagi aku itu semua x penting sgt...banyak habiskan duit ada la. Apa salahnya sambutan tahun baru ini diiringi dengan sujud syukur, bacaan ayat suci Al-Quran, dan zikir salawat tanda bersyukur kepada yang maha pencipta kerana masih memberi kita nafas untuk menghirup udara dunia yang hanya sementara ini...

Hmm....bila masuk ja tahun baru mesti org akan bercakap mengenai azam tahun baru kan. Ha...semua org mesti ada azam tahun baru masing-masing. Aku...?????
Aku juga ada azam tahun baru...apa ye...jap2 nk fikir.

Aku nak jadi lebih baik pada tahun2 yang sebelumnya..setiap org perlu hijrah.hijrah kepada yang lebih baik....segala kenangan2 manis dan pahit yang aku lalui tahun 2010 akan dibuang jauh2 dalam ingatan fikiran.
Apa yang baik akan aku jadikan teladan untuk meneruskan kesinambungan hidup di dunia yg sementara ini. Dan apa yang x baik akan aku jadikan sempadan dan pengajaran dalam kehidupan supaya perkara yang sama tidak akan kembali lagi mengulangi kenangan pahit yg berpanjangan...

InsyAllah...aku mohon restu dan petunjuk dariMU Ya Allah untuk aku meneruskan kehidupan sebagai hambamu...aku mahu mengingatiMU selalu...mahu sentiasa dekat denganMU...
Engkau bimbinglah aku mencari jalan kerezhoaanmu...moga aku x lalai sebagai hambamu kelak...

Amin Ya Rabbal 'Alamin.....

Ahad, 24 Oktober 2010

penantian bakal berakhir....

hanya tinggal 2 bulan sahaja lagi untuk aku menghabiskan kursus ku di maktab....fuh...penat lelah ku tempuhi dengan sabar walaupun byk dugaan yang mendatang....

minggu depan murid sekolahku akan menghadapi peperiksaan akhir tahun.bukan sahaja murid, guru pun sibuk jgk bila tiba time periksa ni...SU pepriksaan dh bgtau sebelum cuti deepavali sila setelkan semua kerja2 yang tertangguh.makin sibuk la minggu depan ni....

Cuti deepavali dapat la dlm 5 hari...boleh la jgk aku nak balik rumah pun.nnti cuti panjang dh xdapat dh nak balik...kena pulun study untuk exm,pastu temuduga lak...

apap2 hal...jumpa nnti..

Rabu, 23 Jun 2010

adakah pintu hati ini dah tertutup...


hmm....salahkah jika aku belum bersedia lagi ke arah itu.org lain x boleh nak memaksa semua benda.keputusan masing2 kena la hormati...

aku memg x suka kalau ada org yang nak kongkong hidup aku.apa yang kita nak buat semua x kena...napa payah sgt nak terima pandangan org lain.asyik nak ikut pandangan mereka sahaja...

kalau rasa diri sanggup untuk menunggu kenapa x tunggu ja.kenapa ambik keputusan untuk putus!!!
memg jenis yang xikhlas....cakap lain,tp buatnya lain plk.

aku memg malas nak layan semua benda ni...dh tau dah memg mcmtu.terima ja la...

apapun pintu hati ni sekarang dh berkunci.dan kuncinya aku baling jauh2 dalam laut....biar x kan dapat dijumpa oleh sesiapa pun...

Isnin, 24 Mei 2010

selamat pagi cikgu..

wah...hari yang indah tatkala azan subuh berkumandang di seluruh pelusuk taman cahaya masai.berat rasanya hati nak bangun menunaikan kewajipanku...tp bila memikirkan itu semua godaan dari syaitan terus aku bangun meninggalkan tempat tidur yang enak itu....

selepas mandi dan bersarapan pagi....aku terus bersipa untuk pergi ke sekolah,tempatku mencari rezeki di sana.tepat jam 11 pagi kereta kawanku pun sampai di pintu pagar rumah.selepas mengunnci pintu dan membaca sedikit doa sebagai pelindung aku terus masuk ke dalam keretanya...vroommm....deruman enjin itu berbunyi meningalkan taman cahaya masai.

sampai di pintu pagar sekolah,aku terus berdoa semoga hari ini adalah hari yang terbaik dalam hidupku.moga segalanya berjalan lancar seperti yang diharapkan.itulah doaku setiap hari apabila aku sampai di pintu masuk pagar sekolah....bukan apa,apa yang berlaku semuanya dah diaturkan oleh Allah.apa salahnya jika kita memohon kepadanya semoga rezeki yang kita perolehi diberkati...

selepas mengepunch kad di pejabat,aku terus ke bilik mesyuarat untuk mengambil buku rekod yang telah ditandatangan oleh guru besar.itulah rutin harianku pada setiap hari isnin.
selepas itu aku bergerak ke bilik j-qaf,bilikku yang terletak dibahagian bawah bangunan baru.
rehat sebentar sementara menunggu kelas tasmik pada jam 12.40....kalau ada kerja2 yang belum dibuat waktu itulah aku selesaikan apa yang patut.aku memang x suka kalau ada kerja yang belum disiap sewaktu hendak meninggalkan sekolah.bagiku...apa kerja yang ada di sekolah akan aku cuba untuk habiskan sebelum kembali ke rumah....itulah pesanan yang aku ingat sampai hari ini.

kelas pertamaku adalah kelas yang paling akhir untuk tahun satu...memg begitu mencabar kalau masuk kelas ini.tp apapun tugas kita samaada kelas awal atau kelas belakang....tetap akan dilaksanakan juga sebagai seorang guru.

kelas seterusnya adalah kelas yang kedua....1 amanah.kelas ini adalah kelas yang agak pandai juga bagiku.begitu mudah untuk mengajar kelas ini...
kringg....loceng berbunyi tandanya budak tahun 1 untuk rehat.aku meneruskan langkahku menuju ke surau.lewat aku solat zohor hari ini.apakan daya itu je masa yang ada untukku....
selepas habis rehat langkahku terus menuju ke kelas 1 usaha,kelas yang sangat aku suka.murid 1 usaha aku rasakan seperti anakku sendiri...boleh untuk dengar dan patuh arahan aku.cuma kadang kala mereka agak excited dalam membuat kerja sekolah.aku guna LCD harini...aku cuba try pasang sendiri.alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar.

selepas habis aku buat apa2 kerja yang tertangguh..tepat jam 6.45 aku pun bergerak pulang ke rumah untuk meneruskan kehidupanku yang seterusnya....

Jumaat, 16 April 2010

aku kembali lagi...

sudah sekian lama aku meninggalkan cacatan blogku ini..rindu rasanya untuk kembali aktif seperti dulu.tp apakan daya dengan kerja dan tanggungjawabku sebagai seorg guru membataskan aku menulis cacatan diari ini.hanya bila ku punya masa lapang,akan ku coretkan segala suka duka ku dalam menempuh haluan hidup yang diaturkan untukku..

bulan 7 ni genaplah setahun aku bergelar seorg guru.byk lg ilmu yang belum ku khatamkan..aku masih lagi insan yang mencari2 ilmu selagi hayat masih dikandung badan..byk cabaran dan dugaan yang ke tempuhi.dugaan dgn tempat kerja...dgn kawan sekerja...juga dugaan perasaan yang x pernah hilang dari kamus hidupku..

entah kenapa jika suatu perkara yg kita x nak ia berlaku...itulah yg akan berlaku.jika diberi pilihan memg aku nak elakkan.tp..kita ni manusia je.hamba di muka bumi ini.apapun yg mendatang anggaplah satu ujian..

entah dari mana datangnya perasaan ini aku pun xtau.tahun lepas aku x ada pun perasaan yg sebegini rupa.bila datang ja tahun 2010 perasaan yang nak ku buang jauh2...datang mencari diriku kembali...
kenapa aku minat terhadap dia yer...kenapa aku rasa aku suka kat dia..padahal xpernah terlintas langsung untuk ku berfikir begini.walaupun aku x pernah untuk bertegur sapa di sekolah apatah lagi untuk berbual2.walaupun umurnya lebih jauh dariku...aku seolah2 senang dengan org yg sebegini..

prinsip aku..bila aku suka kat sapa2 pun aku akan berterus terang.begitu juga dia.aku bgtau yg aku minat kat dia.aku pun xtau bila yg aku ada perasaan suka kat dia.hmm...jika bermain dengan perasaan ni memg payah betul.aku tunggu jgk jawapan darinya..aku x kisah apapun jawapannya.aku cuma nak tahu jawapannya sahaja....

tp sampai sekarang aku belum tahu apa jawapan yg sebenarnya..tiap hari aku mesti akan bertemu secara tidak sengaja.tp x pernah untuk kami bertegur.aku lagi la malu untuk bertegur sapa...

ahh..biarkan je perasaan ni.makin dilayan makin menjadi2...andai Allah takdirkan aku untuk dia..akan ada nanti satu pertemuan yg penuh bermakna.

Isnin, 1 Februari 2010

Persembahan Semalam

Selepas selesai solat maghrib aku membuka naskah Al-quran.ku baca surah Al-Mulk,surah itulah yg aku amalkan membaca tiap-tiap malam.Bukan apa..ilmu yang kita pelajari tu kalau tak amalkan kan berdosa tu.Itu saja lah cara untuk mendapat ketenangan kan.

Selepas habis membaca,aku online jap dgn family.dh duk jauh ni family xkan dilupakan..hubungan yg baik tu yg paling penting.doa makayah kan berkat..
tit...tit...bunyi lagu hanset aku berbunyi.itu tandanya msj dh masuk.malas btul nak pergi tgk.kadang-kadang tu msj dari celcom je..abaikan je la.

Bila azan isyak dh berkumandang,segera la kita menunaikan seruan Illahi tu.jgn duk berlengah-lengah lagi...tenang je hati selepas selesai mengadap Allah,pencipta sekalian makluk.Segala luahan hati dipersembahkan hanya pada yang Maha Esa..kerana Dia Maha Pendengar lagi Maha Mengetahui.

Selesai melipat telekong sembahyang,sekali lg hanset berbunyi.ini bukan tanda msj masuk tp ada org call aku ni...

Cepat-cepat aku berlari mendapatkan hanset yg berbunyi minta dijawab panggilanya.manja jgk hanset aku tu.hihi...alamak,nombor xkenal la plk yg call ni.nak jawab ke tak ye.kalau x jawab nanti ia satu panggilan yang penting plk.jawab je la...

" assalamualaiku,nur ke ni "..." waalaikumsalam...yer saya.awk ni sapa"...
" balik ka cuti raya cina ni "..tanpa menjawab soalan aku terus dia ajukan soalan..eh dia ni,org tnya sapa xmau jawab la plk.lelaki plk tu.ingat aku suka sangat ka bercakap dengan org yg xkenai ni.kalau ikutkan hati nak je letak.tp bila aku tanya balik terus dia bgtau.oo...rupanya seseorang yg memang aku kenai.

Selepas bercakap apa yang penting aku terus letak talifon.bahaya kalau cakap lama-lama ni.nak cakap pun cakap hal penting cukup la..
Ya Allah...kenapalah dia ni masih lg mengangu hidup aku.xcukup lg ka apa yang dia dh buat selama ni.kadang-kadang aku hilang sabaq jgk dgn kerenah dia ni.tp...ASTAGFIRULLAHAL'AZIM.....aku masih lg hamba Allah.kesabaran tu penting kalau nak jadi hamba yang soleh.

Bila aku nak marah je..terus aku teringat satu perkara.Apa yang Allah berikan pada kita merupakan satu ujian.aku sedang diuji ni.sbb tu la bila aku nak marah je...cepat2 aku berishtigfar.marah kan sifat syaitan yang dilaknat tu...

last-last...aku biarkan je perasaan tu berlalu.kalau dia masih nak mengangu aku tu,biarlah.kalau aku marah,kalau aku larang pun bukannya dia peduli.entah lah....biarkan je la.yg penting aku x sakitkan hati sapa2...